Sunday, 8 June 2014

Teringin Nak Belajar Bahasa Isyarat

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Baru kali ini rasa betul2 nak kongsikan pengalaman berurusan dengan orang yg pekak dan bisu. Bidang tugas aku ada melibatkan persatuan2 golongan kurang upaya.. Terutama yg melibatkan sukan. Baru tahun ni berurusan dgn golongan ini. Bila berhadapan dengan mereka ini, betapa bersyukurnya aku dengan nikmat yg Allah pinjamkan.

Setakat ni, aku telah berurusan dgn golongan pekak dan bisu ini sebanyak 2 kali ; di pejabat. Tapi, oleh kerana aku tidak mempunyai asas Bahasa Isyarat, so semua komunikasi menggunakan tulisan di atas kertas! Sebelum wakil persatuan org pekak itu beredar, dia sempat memberi isyarat 'terima kasih' - pada masa tu aku cuma mengagak itulah yg cuba disampaikan. Dan aku tak tahu apa isyarat yg digunakan utk mengucapkan 'sama-sama', jadi aku setakat mengangguk dan senyum. Alangkah bagusnya kalau aku sendiri tahu menggunakan Bahasa Isyarat ni,.. -inisiatif sementara mencari peluang utk masuk kelas Bahasa Isyarat ni.. Aku cuba google.. Mmg ada, tapi kalau nak menuntut ilmu, biarlah berguru kan.. ;)

Ok, gambar kat bawah ni menunjukkan isyarat 'Terima Kasih' dan 'Sama-sama' yang aku jumpa di internet. Lepas ni, bolehlah aku praktikkan.. Hehe.



posted from Bloggeroid

Saturday, 7 June 2014

Make Over Baju Lamaku

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Aku ada 2 helai baju kemeja petak yang dibeli tapi jarang dipakai. Bukan pasal tak muat.. Tapi sebab bila aku pakai baju kemeja ni badanku nampak lurus dan btambah besar je. Mungkin perasanku je, tapi.. Sejak nampak idea bloger2 luar negara yg suka re-fashion dan make over kn baju lama, terus teringatkan baju lama ni. Aku jahit tangan je (jelujur halus) ..guna benang elastik/bergetah.. Hasilnya, bahagian pinggang tu ada curve sikit dan boleh mengurangkan saiz badan aku secara ilusi.. Hihi. Bahagian lain aku tak usik, sebab niatnya mmg nak makeover kat pinggang tu jer. Jadi baju ni boleh pakai lah nanti hehe. Elakkan pembaziran kan ;).



posted from Bloggeroid

Friday, 6 June 2014

Penjual Tak Mesra, Pelanggan Pun Blah!

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Rasa cepat2 nak beredar dr situ.. Sebab penjual 'malas' melayan pertanyaan aku sebagai pelanggan. Rasa macam kita tak wujud pun masa tanya tu tanya ni.. Niat nak beli tudung terbantut kerana sikap si penjual yang tak mesra pelanggan. Dingin jer.. Ishh, aku sumpah, mmg tu pertama dan terakhir aku jejak di kedai itu. Bukan dia sorang je jual tudung. Aku angkat kaki. Tu kisah di kedai offline.. Kalau layanannya bagus, mesti aku dtg lagi cari tudung kat situ.. Siap promote kawan2.

Begitu juga klu nak shopping online, mcm onlineshop kat Facebook, kalau pertanyaan aku tu dijawap dingin jer. Malas nak layan jer.. Mmg Cepat2 aku klik butang 'unlike'.. klu dlm friendlist aku unfriend-kan jer.. Unsubscribe jer.. Walaupun x bersemuka, cara online seller melayan customer tu boleh kita rasakan sendiri. Mesra tak mesra, bengang sebab balik2 tanya itu ini.. Dah namanya pun pelanggan perempuan kan.. Mmg banyaklah benda nak ditanya betul2 sblm beli. Tapi seller dah fade up sampai x jawap2. Update status pula pasal customer banyak tanya tapi x nk beli. Kihkih. Kalau pegi kedai pun, mmg lama nak kene belek2.. Kene tanya2.. Bukan terus2 beli.. Kan? nak selidik jg betul ker org tu btl2 niaga online.. Sbb takut ditipu.

So, kepada yg berniaga online n offline.. Silalah mesra pelanggan. Kalau x suka layan pelanggan.. Tak payah jadi penjual.. Elok tutup kedai je. Tak suka dan tak akan berurusan dgn kedai online dan offline sebegini lagi!
posted from Bloggeroid

Wednesday, 4 June 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com





Assalaamualaikum wbt & salam sejahtera.

Puan blogger Syuhada Baharudin menganjurkan GA Tunai RM500 bermula 3 Jun- 30 Jun 2014 sempena ulangtahun perkahwinanya yang ke-8 tahun. Hadiah nampak menarik kan? Jom join ramai2.

Klik>>  SINI  utk join GA ni. Good Luck.

InCheon, Korea


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Petang semalam (Selasa), aku dikhabarkan berita gembira bahawa nama aku tersenarai untuk ke Icheon, Korea sempena Program Sukan Paralimpik Peringkat Negara Asia. Bos aku cakap, siapa yang tersenarai .. sila bagi salinan passport antarabangsa selewatnya pagi khamis minggu ni untuk disenarai pendek dan ditapis oleh pihak yang dipertanggungjawabkan oleh Jabatan. Pstt : Ke sana atas urusan kerja.

Cepat2 aku google apa yg perlu disediakan untuk pemohon passport buat pertama kali mcm aku ni. Baca punya baca, baru aku tahu.. aku takkan sempat hantar salinan pasport tu sebelum khamis ini kerana syarat pagi pemohon berasal dari Sabah/Sarawak yg memohon passport pertama kali di Semenanjung Malaysia akan dikenakan syarat macam ni... (rujuk gambar yg aku print screen dr website Jabatan Imigresen /tarikh dikemaskini 21.2.2014) 

Sumber : Website Jabatan Imigresen Malaysia

Pendek kata, aku tak akan dapat passport dalam tempoh sehari seperti yg diwar-warkan  kerana permohonan perlu dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah..dan tempoh kelulusan dalam 5 hari bekerja. Aku ada masa 2 hari jer sebelum tapisan akhir. Agak kecewa juga, sebab syarat tu seperti tidak sama rata sedangkan aku pun warganegara Malaysia. Ok.. Sabah tu pun salah satu negeri dalam Malaysia. 

Halangan2 sebeginilah menunjukkan tu bukan rezeki aku ke sana. Kalau makanan dah masuk mulut pun boleh jatuh.. sebab bukan rezeki kita! -kan?

:)

Bye!


Friday, 30 May 2014

Telatah Harith Di Pantai Teluk Kemang, PD



Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Aku dah lama rancang nak buat sendiri kek untuk hari ulangtahun ke-3 Harith tahun ni. Sebab 2 tahun asyik tempah kek. Kek skg mahal jugak la bagi aku. Peningkatan kos disana sini. Harapan punah jugaklah.. sebab hujung minggu (17 dan 18 Mei tu) aku kena out station urusan kerja ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Hari jadi Harith 18 Mei tu (Ahad) tapi apakan daya, aku hanya merancang.. selebihnya ketetentuan Dia. Tapi utk tidak menambah kehampaan tu aku ajak en.suami n Harith ke PD. Yayyy!! Hehehe. Tapi diorang berdua ja la dapat jln2. Mama kerja waktu siang- malam baru free. T T

Sedihnya, tak dapat sediakan kek pun utk Harith. Cadangnya aku akan buat belated birthday je la utk Harith insyaallah. Cian Harith.. sepanjang bulan Mei ni mama sibuk sikit dengan urusan kerja. Masa kat PD tu Harith sempat pegi Pantai Teluk Kemang. Siap minta beli pelampung sbb nak mandi laut! Gambar2 ni, papa dia yang ambik.. Tengok tu..


Pelampung baru Harith


Panaskan badan ;)


Lariiiiii.... Ohh baru tau Harith takutkan ombak tuh.


Hari terakhir kat PD .. Bye2 PD ;D

Ni kali kedua aku pg PD.. tapi tak sempat main air laut pun. Next time la kot. Hehe. 
So, till next time bye2.


SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah


Klilk SINI utk join.

Tarikh Tutup : 7/6/2014

Jom join ramai2 utk sokong blogger AyuInsyirah ;)