Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Saturday, 7 June 2014

Make Over Baju Lamaku

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Aku ada 2 helai baju kemeja petak yang dibeli tapi jarang dipakai. Bukan pasal tak muat.. Tapi sebab bila aku pakai baju kemeja ni badanku nampak lurus dan btambah besar je. Mungkin perasanku je, tapi.. Sejak nampak idea bloger2 luar negara yg suka re-fashion dan make over kn baju lama, terus teringatkan baju lama ni. Aku jahit tangan je (jelujur halus) ..guna benang elastik/bergetah.. Hasilnya, bahagian pinggang tu ada curve sikit dan boleh mengurangkan saiz badan aku secara ilusi.. Hihi. Bahagian lain aku tak usik, sebab niatnya mmg nak makeover kat pinggang tu jer. Jadi baju ni boleh pakai lah nanti hehe. Elakkan pembaziran kan ;).



posted from Bloggeroid

Saturday, 9 November 2013

My favourite Online Photo Editor



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Dari dahulu kala lagi..aku sangat suka mengambil gambar. Tapi diri sendiri sangatlah pemalu didepan kamera. Memang rasa kekok kadang2. Hmm jadi aku lebih suka mengambil gambar berbanding bergambar.

Bila dah ambik gambar, lepas tu nanti aku suka pula nak edit2 warna gambar tu. Dulu aku suka sangat guna picasa. Sekarang.. aku suka online photo editor macam www.pixlr.com .

Gambar sebelum diedit.

Hasil edit ala-ala black & white :) nampak menarik tak?


Tengok pula hasil gambar berwarna yg di-edit macam gambar kat bawah ni....


Gambar asal.

Aku edit bagi gambar jadi 'suram' sikit..

Yang memang pakar fotografi ni jangan kutuk2 ye. Aku just nak share je.. yang aku suka guna pixlr tu :) utk edit gambar. Sebab buat gambar kita jadi zaman ala-ala hitam putih P. Ramlee pun boleh. Hehe.

Sekian. Terima kasih.

Bye bye.




Thursday, 25 April 2013

DIY Story

Adakah anda peminat DIY stuff? Ops, D.I.Y ni bermaksud "Do It Yourself" - Buat sendiri la  dalam Bahasa Melayu nya. Kalau sebut pasal alkisah DIY, aku memang respect sangat dengan orang putih ni. Kalau Google "DIY craft".."DIY dress" .. atau macam2 DIY lagi, ada banyak sangat idea yang diketengahkan. Paling seronok, diorang letak Free Tutorial sebagai rujukan pengunjung website/blog mereka. Contohnya macam INI . Idea yang sangat comel :) ,hehe.  Tengok gambar "DIY Garden Lantern" ni, ianya dari balang kaca terpakai seperti balang kaca jem tu.

                                  Sumber asal : http://www.diywedding.org

Hoho, jangan tak caya. Ini memang balang kaca terpakai. Boleh cuba tutorial yang diberikan dalam web tu nanti. DIY sambil recycle balang jem kan.. hehe.

 Sumber asal : http://www.diywedding.org       
                                                                  
Sila rujuk tutorial step-by-step di SINI , ok selamat mencuba!

p/s : So, Bole pakat2 kumpul balang2 kaca untuk buat lantern yer.. :D

Bye!