Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Friday, 30 May 2014

Telatah Harith Di Pantai Teluk Kemang, PD



Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Aku dah lama rancang nak buat sendiri kek untuk hari ulangtahun ke-3 Harith tahun ni. Sebab 2 tahun asyik tempah kek. Kek skg mahal jugak la bagi aku. Peningkatan kos disana sini. Harapan punah jugaklah.. sebab hujung minggu (17 dan 18 Mei tu) aku kena out station urusan kerja ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Hari jadi Harith 18 Mei tu (Ahad) tapi apakan daya, aku hanya merancang.. selebihnya ketetentuan Dia. Tapi utk tidak menambah kehampaan tu aku ajak en.suami n Harith ke PD. Yayyy!! Hehehe. Tapi diorang berdua ja la dapat jln2. Mama kerja waktu siang- malam baru free. T T

Sedihnya, tak dapat sediakan kek pun utk Harith. Cadangnya aku akan buat belated birthday je la utk Harith insyaallah. Cian Harith.. sepanjang bulan Mei ni mama sibuk sikit dengan urusan kerja. Masa kat PD tu Harith sempat pegi Pantai Teluk Kemang. Siap minta beli pelampung sbb nak mandi laut! Gambar2 ni, papa dia yang ambik.. Tengok tu..


Pelampung baru Harith


Panaskan badan ;)


Lariiiiii.... Ohh baru tau Harith takutkan ombak tuh.


Hari terakhir kat PD .. Bye2 PD ;D

Ni kali kedua aku pg PD.. tapi tak sempat main air laut pun. Next time la kot. Hehe. 
So, till next time bye2.


Monday, 19 May 2014

Memori : Belon 10 Sen ;)

Ehsan: www.contengconteng.com

Bila tengok lukisan kartun ni, aku teringat masa zaman kanak2 ribena dulu. Bila pegi sekolah mama bagi 20 sen buat belanja sekolah (tahun 1988 aku baru darjah 2). Yang best tu sebab selalu juga beli belon 10 sen nih. Time cikgu tak ada kat kelas, kami sibuk tiup belon ni.. Hehe.. Seronoknya masa tu. Umur 8 tahun, apa sangat nak dipikir, ingat seronok jaa.. Tapi bila tengok lukisan kartun ni.. terbayang kembali memori masa belajar di sekolah rendah dulu. Semuanya warna-warni macam pelangi. Seronok! Tiba2 rasa rindu pada zaman kanak2 ;)














Wednesday, 23 April 2014

Gambar Bapa 40 Tahun Yg Lalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tercungap2 hari ni sebab sibuk di opis. Tak pe time lunch hour ni aku mengupdate blog thru phone.. Sambil rehat2 kejap.. sambil makan2 jajan gitu.. kihkih.  Sebenarnya nak kongsikan gambar aku masa umur 5 tahun ni diambil pada tahun 1985.. Hmm sebelahnya tu gambar bapa aku yg diambil pada 40 tahun yg lalu.. 1974 (cop tarikh kat blkg gambar bapa 28 Jan 1974). Hensem pula nampak bapa masa muda2, hehe jgn marah eeyy.. 
Smga bapa sihat2 selalu.. Aminnn, ;)

Bapa & si anak

Oklah tak dapat taip banyak2 masuk kerja jam 2.00 ptg. Okay till next time.
Bye2.
posted from Bloggeroid

Thursday, 10 April 2014

Kedai Cuci Gambar Online



Assalamualaikum wbt & salam sejahtera..

Nilai sekeping gambar bagi aku sangat mahal bila bertahun-tahun disimpan... Antik!  kenangan masa gambar tu diambil pun secara automatik kita ingat kan?   Semua kenangan lalu tak mungkin kembali. Jadi bagi aku menyimpan gambar adalah salah satu cara untuk kita mengabadikan kenangan.

Seronok rasanya bila berkesempatan melihat gambar2 sendiri masa zaman hingusan. (Teringat dengan salah satu gambar aku tu, mak bapa aku cakap.. masa gambar tu diambil umur aku dalam 3 atau 4 tahun, hmm aku berdiri sambil memeluk patung yang aku namakan sebagai ‘Nona’  hehe)  See, mak aku masih ingat kenangan masa gambar aku tu diambil! Bayangkan, sekarang Mak aku  berumur 63 tahun (1951) dan bapa aku 73 tahun (1941) Bila imbas album2 gambar dulu2, rasa macam nak kembali ke masa itu. Seronok jadi kanak2, seronok jadi budak sekolah :)

Minat bapa dan kakak menyimpan gambar secara tak langsung telah 'menjangkiti' aku masa aku di sekolah menengah. Cuma sejak berkerjaya, aku tak berkesempatan ke kedai cuci gambar. Kalau ada masa, aku pulak yang malas. Tahun lepas, aku cuba2 google kalau ada service cuci gambar online di Malaysia. Macam tak percaya, rupanya memang ada! Hmm ramai juga blogger dah cuba cuci gambar online nih dan kebanyakannya menggunakan khidmat di kedai EOE Online ni. Ada juga yang cuci gambar online kat Greeco nih. 

Tahun lepas google, tahun ni baru sempat hantar gambar untuk cuci online. Hehe. Sibuklah sangat. Padahal malas nak pilih gambar. Dah dekat 2000 gambar dalam laptop. Kau mampu nak pilih? Hehehe.

Dapat bungkusan terus buka.. ;p


Gambar siap cuci semua dimasukkan dalam plastik.

Aku cuba cuci gambar dalam 100 keping kat EOE Online hari tu. Sebenarnya aku sambil2 nak tengok kualiti printing photo macam mana. Eoe online ni hanya guna glossy paper (berkilat), tak ada kertas matte (kertas ni tak berkilat, kesat dan x meninggalkan kesan cap jari bila dipegang). Gambar siap telah dihantar guna kurier Skynet dalam masa 3 hari jer. Hmm, gambar yang aku hantar cuci ada yang aku dah edit. Yang aku edit (dari segi warna) nampak cantik la warna gambarnya. Yang tak ber-edit, nampak suram je la. Jadi aku dapat simpulkan, kalau nak cuci kat EOE Online aku kena edit dululah next time. Saiz 3R dan 4R Rm0.30 sen sekeping. Murah bagi aku. Lebih RM35.00 dapat free postage. Gambar saiz besar pun diorang cuci. Untuk maklumat lanjut, sila lawat website EOE Online.


Harith sangat excited tengok gambar2 yang aku 'hampar' kan kat lantai!

Close-up..

Insyaallah, lain kali aku nak cuba cuci gambar online dekat Greeco pulak. Yang ni kedai kat Penang, review blogger tak banyak, tapi Greeco mempunyai pilihan kertas gambar. Ada kertas glossy, ada matte dan lustre. Tapi kos cuci gambar nampak agak mahal di sini.

Oklah, hingga ke lain siaran.


Bye2!






Monday, 22 July 2013

Kuih Bahulu Tradisional Mamaku..


Assalamualaikum..

Week end yang membahagiakan ngehe ;) (sebabnya kelas ganti ditunda minggu depan!)  Jadi bolehlah aku berangan2 panjang dari hari2 biasa  hehe. Maksud aku mengenangkan nostalgia bulan puasa bersama keluarga yang jauh di sana. Zaman kanak2 di kampung, itulah yang aku rindui! Terbayang raut wajah mak yang tenang dan bapa yang sedikit garang.

Semasa kami adik-beradik masih kecil dulu, bila pertengahan bulan puasa, mak aku akan mula sibuk membuat kuih bahulu. Masa tu, cikgu2 di sekolah tempat bapa aku mengajar tu, rajin sangat nak menempah kuih bahulu dari mak aku. Walaupun peralatan membuat kuih bahulu pada masa tu tidak secanggih peralatan zaman sekarang, mak aku tetap tenang dan rajin menyiapkan tempahan. Bapa aku pula memang rajin membantu mak aku menyiapkan tempahan kuih bahulunya. Masa tu, aku dan adik2 masih kecil sangat dan tak tahu nak bantu apa2 pun. Tolong makan kuih bahulu, tu je yang kami tau.

Aku ingat lagi, pemukul telur (mixer) dan gula tu, adalah dawai tebal yang dibentukkan menjadi spring dan dilekatkan pada batang kayu selaku tangkai oleh bapa aku. Masih teringat lagi pemukul berbentuk spring yang besar tu. Mak aku cakap, dulu masa korang kecil2, inilah (pemukul yang berbentuk spring besar tu) yang kami gunakan untuk siapkan bertin2 kuih bahulu yang ditempah orang. Mixer 'buatan' tangan bapa aku tu lebih kurang macam ni bentuknya. Tapi besar sikit dari yang gambar ni.

 Sumber Ihsan Dari : dari blog INI

Dengan mixer buatan bapa aku nilah, mak bapak aku berjaya menyiapkan bertin2 tempahan.
Nak pukul gula dan telur biasanya hampir 2 jam. Lepas sahur, kerja memukul telur dan gula dimulakan. Untuk sukatan tepung gandum dan gula mama akan guna mangkuk je. Kami tak ada penimbang masa tu.. Tapi, walaupun tanpa sebarang peralatan lengkap, kuih bahulu mama adalah yang paling sedap!

Ni nak tunjukkan bentuk acuan kuih bahulu yang mak aku gunakan.. Ni aku google. Memang sebijik sama acuan ni.

Sumber : Pacik Google

Bila adunan tepung kuih bahulu ni dah sebati. Acara membakar kuih bahulu ni akan dimulakan. Biasanya bapa aku dah siapkan dapur kayu api dan membakar kayu arang untuk diletakkan dibahagian atas penutup acuan kuih bahulu. Sabut dan tempurung kelapa juga penting untuk bakar bahulu ni. Kalau dah masak, kuih bahulu tu punyalah harum semerbak.. Bila acuan yang telah digris tu cukup panas, mak akan masukkan tepung adunan ke dalam acuan. Lepas tu, tutup. Bahang api memanglah terasa, Dahlah berbahang,.. asap dari sabut kelapa tadi juga menguji keimanan.. tapi mak tetap sabar.

Sumber : Pacik Google

Sumber : Blog INI

Bagi aku, membuat kuih bahulu tradisional ni memang menguji tahap kesabaran berpuasa. Kering kontang tekak sebab kena bahang dapur kayu api. Belum bab asap lagi. Dugaan bau kuih yang dah masak tu lagilah menggugat iman. Bila dah darjah 5, aku dah start tolong mak buat kuih ni. Masa tu buat untuk makan sendiri. Tempahan dah kurang, mungkin sebab mak tak larat. Dulu aku tolong buat kuih ni paksarela tau, sebab tension kena asap dapur! Masa dah masuk sekolah menengah, aku dengan adik perempuan aku ganti2 masak kuih ni. Tahan sajalah kalau asap tu menyerang. Boleh jadi sewel sekejap sebab bebel depan dapur tu sebab kena asap. Air mata pula mula la  mengalir sebab sakit. Haha. Kenangan betul buat kuih ni. 

 Sumber : Blog INI

Sekarang ni, dua orang adik lelaki aku je yang suka menolong mak masak kuih ni. Masa diorang sekolah menengah, tiap2 tahunlah beraya dengan kuih ni. Sekarang ni, susah sikit sebab tiada yang tolong mak buat kuih ni. Adik2 lelaki ni semua dah bekerja. Dia pun sudah tidak larat. Cuma kalau diorang ni ada kesempatan balik bercuti awal. Mungkin sempatlah beraya dengan kuih bahulu tradisi ni. Aku cuma sanggup cicah kuih bahulu ni dengan nescafe o dipagi raya. Hmm, memang sedap dan boleh habiskan satu tin besar! Hehehe.

Zaman sekarang ni memanglah peralatan semuanya canggih, tapi bagi kami adik beradik.. kuih bahulu yang dimasak secara 'kuno' inilah yang paling lazat sekali. Terima kasih mak, kerana sanggup membahulu dari dulu hingga kini.. Muah.

Hingga berjumpa lagi di entri akan datang.
Bye!