Showing posts with label MuhasabahDiri. Show all posts
Showing posts with label MuhasabahDiri. Show all posts

Wednesday, 4 June 2014

InCheon, Korea


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Petang semalam (Selasa), aku dikhabarkan berita gembira bahawa nama aku tersenarai untuk ke Icheon, Korea sempena Program Sukan Paralimpik Peringkat Negara Asia. Bos aku cakap, siapa yang tersenarai .. sila bagi salinan passport antarabangsa selewatnya pagi khamis minggu ni untuk disenarai pendek dan ditapis oleh pihak yang dipertanggungjawabkan oleh Jabatan. Pstt : Ke sana atas urusan kerja.

Cepat2 aku google apa yg perlu disediakan untuk pemohon passport buat pertama kali mcm aku ni. Baca punya baca, baru aku tahu.. aku takkan sempat hantar salinan pasport tu sebelum khamis ini kerana syarat pagi pemohon berasal dari Sabah/Sarawak yg memohon passport pertama kali di Semenanjung Malaysia akan dikenakan syarat macam ni... (rujuk gambar yg aku print screen dr website Jabatan Imigresen /tarikh dikemaskini 21.2.2014) 

Sumber : Website Jabatan Imigresen Malaysia

Pendek kata, aku tak akan dapat passport dalam tempoh sehari seperti yg diwar-warkan  kerana permohonan perlu dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah..dan tempoh kelulusan dalam 5 hari bekerja. Aku ada masa 2 hari jer sebelum tapisan akhir. Agak kecewa juga, sebab syarat tu seperti tidak sama rata sedangkan aku pun warganegara Malaysia. Ok.. Sabah tu pun salah satu negeri dalam Malaysia. 

Halangan2 sebeginilah menunjukkan tu bukan rezeki aku ke sana. Kalau makanan dah masuk mulut pun boleh jatuh.. sebab bukan rezeki kita! -kan?

:)

Bye!


Monday, 5 May 2014

3 Waktu Dilarang Mandi



Sumber : Google
Assalamualaikum & salam sejahtera,

Rupa2nya waktu mandi pun ada waktu larangannya. Ya Allah, aku pun baru tau. Padanlah orang tua aku dulu tiap2 hari pun pesan, jangan mandi malam.. jangan mandi malam.. nanti badan cepat dapat penyakit! Kadang2 aku termandi juga waktu malam. Esp. selepas maghrib.


3 WAKTU DILARANG MANDI :

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.



PENERANGAN :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Semoga ianya bermanfaat utk kita semua.Aminn.

Saturday, 19 April 2014

Pengalaman Di "Sindaat" (disihir)

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sudah lama aku memikirkan sama ada perlu atau tidak aku kongsikan kisah ini. Niatnya untuk renungan, bukan utk mengaibkan. Selama ni memang aku biasa mendengar kisah2 org terkena 'buatan orang' (disihir/santau). Di kampung kelahiranku, "disihir/santau" ini lebih dikenali sebagai "sinda'at" dikalangan masyarakat berbangsa Dusun di Sabah. Sungguh aku tidak menyangka aku menjadi mangsa buatan org..

Awal tahun 2013 yang lalu, aku tiba2 mengalami sakit lutut. Mula2 rasa sakit di sebelah lutut kanan je, lepas tu selang berapa bulan, kedua2 lutut aku sakit hinggakan berdiri selama beberapa minit pun aku tak tahan. Aku tak berlengah ke klinik. Dah makan ubat , hilang sakit sehari dua, tapi sakit lutut menyerang lagi. Masa tu, doktor cuma maklumkan aku ni sakit sendi. Tapi agak pelik, sebab yang sakit lutut teruk macam ni kebiasaannya dialami oleh golongan warga emas kata doktor. Dan ini juga bukan gout.

Dah buat x-ray, doktor pun tak tahu apa masalahnya sampai lutut aku sakit. Nak kata cedera, aku bukanlah atlit sukan. So, aku kena refer doktor pakar di Hospital Ampang. Mujur lutut aku belum sampai proses nak dibedah. Cuma mkn ubat.

Hampir 7 bulan sakit lutut, kesakitan yang aku alami tu kerap membuat aku cepat baran. Malah aku sampai rasa dah putus asa sangat untuk mengubati sakit tu. Aku membebel2 kesakitan. Merungut sambil menahan sakit. Makan pain killer, makan vitamin, makan ubat khas sakit sendi, tapi sakitnya semakin teruk. Dalam hati aku berbisik, takkanlah tulang aku dah nak reput, berat sangatkah badan aku sampai lutut aku sakit begini? Aku hilang selera makan, jadi semakin murung. Kawan2 semua cakap, aku nampak tak sihat. Nampak muram. Sedangkan sakit tu pulak semakin mjadi2, bayangkan kalau nak berdiri pun aku kena berpaut , kalau tak en hubby kena tolong aku berdiri! Naik turun tangga pun sangat seksa bagi aku. Betul2 aku rasa seakan 'lumpuh' masa tu. Betapa nikmatnya hidup ini ketika sihat walafiat.

Sempat aku tulis entri pasal aku sakit lutut ni tahun lepas. Ingatkan sakit biasa, rupanya 'luarbiasa'. Mmg aku tak pernah suspek sakit lutut ini disebabkan buatan orang, sehinggalah aku balik kampungku di Ranau pada bulan oktober 2013. Hari kedua berada di sana, lutut kanan bengkak. Hairan, masa kat semenanjung, tak pernah pulak lutut ni bengkak. Sekali pun tak pernah. Aku tpaksa seret kaki kanan kalau nak bjalan. Kaki kanan aku tak mampu nak diangkat langsung apatah lagi nak bjalan normal.

Family terutama mak dan bapa agak hairan dengan keadaan yg aku alami. Teruk sangat kata mak. Adik aku pula mengajak berubat di kampung suaminya tapi agak jauh sikit nak ke sana.. Takut menyusahkan diorang, tapi kerana sudah x tahan sakit.. Aku setuju berubat kampung.

Dipendekkan cerita, aku berulang alik selama seminggu utk berubat di kampung tu tapi sakit tu masih tak hilang. Rawatan menggunakan ayat2 al-quran. Hari kelima aku dirawat, ustaz tu bagitahu aku terkena buatan orang kerana dengki. Sebelah lutut kiri dhantar 2 ekor jin manakala lutut kanan diletakkan benda2 kotor dan tajam (sprt tulang, kaca, paku dan besi -dinyatakan oleh ustaz). Aku memang tak nampak, tapi semasa proses rawatan mengeluarkn segala "benda" tersebut, aku merasainya ada benda' ditarik keluar! Ustaz cakap, benda2 kotor ini digunakan untuk melumpuhkan aku sehingga mati. Ya Allah rasa nak menangis masa tu. Sampai macam tu sekali aku dikenakan.. Bukan siapa2 yg "hantar" tapi ada pertalian kekeluargaan, Aku memujuk hati, aku muhasabah diri bahawa ini ujian Dia untukku. Syukur alhamdulillah, aku sempat berubat dikampung. Semuanya telah dikeluarkan, cuma aku kena bersabar utk pulih sepenuhnya. Semuanya atas izin Nya.

Ustaz tu ada bg tau, sakit ni bukan terus hilang. (Masa tu pun, aku jalan pun masih seret kaki sbb x dapat angkat/bengkok). Mengambil masa sebab benda2 tu sda bertahun 'tersimpan' dilutut aku, tapi berdoalah dan jgn putus asa. Surah al-fatihah sentiasa dibaca sepanjang masa. Akhirnya, setelah balik ke semenanjung, aku masuk pejabat dalam keadaan jalanku yg masih tidak normal. Semua memandang, semua bertanya.. Arghh.. sebelum ni pun drg mmg tahu aku sakit lutut tapi jalanku tak seteruk ini. Aku cuma mampu mengiyakan bila ada yg meneka aku mhidap penyakit gout. Kalau aku cerita perkara sebenar, takut mjadi fitnah.

Sebagai alternatif, aku minum air zamzam dan menggunakan losyen Anugerah yang telah dibacakan ayat2 Al- quran. Next entri, aku akan ceritakan pasal produk ni.

Till then, bye2.
posted from Bloggeroid

Tuesday, 18 March 2014

Bangsa & Agama 2 Perkara Berbeza



Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sekarang ni di sini, hujan dah 2-3 hari hujan. Kalau tak hujan, cuaca agak mendung dan udaranya pun lembap. Baju2 yang dicuci sah2 tak kering. Bau pun, bau semacam. Syukur alhamdulillah kan, lepas jerebu selama berminggu2 (aku rasa dah sebulan lebih!) hujan turun 'membasuh' udara bumi yang sangat tercemar. 

Sebenarnya aku bukan nak lapor keadaan cuaca pun hehe. Kali ini, aku terpanggil untuk cerita pasal entri seorang adik mualaf yang comel bernama Sophea Ng, atau Ng Phooi Kheng. Aku  baca entri dia ni melalui link yang dikongsi dalam Facebook oleh seorang rakan. Entrinya berkaitan dengan nama yang beliau gunakan selepas memeluk Islam. Sila lawati blog adik comel ini untuk membaca entri tersebut.

Dari pengalaman aku, memang segelintir individu menganggap bahawa AGAMA dan BANGSA adalah sama. Dan menjadi kebiasaan menganggap jika convert to Islam nama perlu ditukar ke nama Melayu. Malah, seorang sahabat baik (non-muslim) masa di sekolah menengah pernah keliru dan mengatakan aku ber-AGAMA MELAYU (yang sebetulnya aku ber-AGAMA ISLAM). Mengikut pemahaman sahabat aku itu, bila beragama Islam bermakna orang tu automatik jadi bangsa Melayu. Oh silap, sahabatku ini sudah salah faham rupanya.

Aku terangkan satu persatu kepada sahabatku itu, AGAMA dan BANGSA adalah dua perkara berbeza dan tidak boleh mengatakan kita menukar BANGSA apabila kita beragama Islam. Aku berbangsa Dusun (bapa) dan mama (Jawa), beragama Islam, tetapi di sijil lahir BANGSA tetap ikut BANGSA bapa. Maknanya aku tetap berbangsa Dusun walaupun beragama Islam. (Sahabatku itu pulak beragama Kristian dan berbangsa Dusun). Aku ajukan soalan ringkas kepada sahabatku itu, "adakah kamu akan menukar BANGSA jika kamu menukar agama kamu dari Kristian kepada agama Buddha (contoh)? Atau dari agama yang kamu anuti sekarang ke anutan agama lain? 
- Sahabatku itu menjawab, oh sudah tentu tidak!

Begitu juga dengan situasi adik Sophea Ng ini, sepatutnya semua boleh berfikir logik kan? Walaupun sudah memeluk Islam tidak semestinya nama pun di Melayukan.. Nama boleh ditukar kepada nama lain jika pengertian nama tidak elok dan tak sesuai dengan Islam. Tu jer. Kita perlu ingat setiap bangsa mempunyai entiti tersendiri. Jadi, marilah kita sama2 memahamkan diri, bahawa BANGSA dan AGAMA itu 2 perkara berbeza.

Bye2

Friday, 13 September 2013

26 Pesanan Untuk Para Suami


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Aku rasa para suami patut baca pesanan dr Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ni. Memang banyak betulnya :) , entri ini adalah sempena sahabat baik aku menceritakan kesedihan dan kegeramannya terhadap encik suaminya yang telah menghabiskan semua lauk di atas meja pada suatu malam! Kedengaran lucu, tapi kawan baik aku ni memang sedih dan tersentap tau.


 Info ni aku dapat dari Facebook tadi. Tak salahkan, kita sama2 baca dan fahamkan apa intipati pesanan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ni. Jom baca..

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

24. Sekali sekala bawa isteri makan tempat-tempat yang biasa pergi makan masa bercinta dulu jangan masa isteri dah tukar size badan x nak ajak makan tempat2 yang indah-indah.

25. Ada masa bawa isteri pergi bercuti serta sambut ulangtahun, harijadi dan sebagainya..InsyaAllah.

26.Sayangi dan hargai lah sepenuh hati isteri anda kerana ianya dijadikan dari rusuk seorang suami peneman setia ke hujung nyawa suami.
 
Semoga bermanfaat untuk kita semua. Aamiin.

Jumpa lagi. Bye2.