Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

Harith Taknak Ke Taska!


Kesian Harith, hari ni aku  terpaksa berhati kering bila Harith menangis meronta2 tak nak ke taska.
Selalu Harith ikut papanya masuk opis sekejap sebab kami memang sampai opis seawal jam 7.00 pagi (opis kami satu bangunan- lain aras je).. jam 7.30 pagi hubby akan hantar Harith ke taska. Jarang2 Harith meragam.. tapi ada masa juga, Harith pandai mencari ‘alasan’ supaya dia lambat dihantar ke taska. Dia nak minta nasi lemak la, nak kuih karipap la... macam2 dia sebut bila dah nak dekat taska. Kebetulan ada kafe berdekatan dengan taska tu. Kat taska Harith ada disediakan makan minum. Aku pulak sejak kami bertiga berulang-alik  dari Hulu Langat ke Putrajaya dan bergerak dari rumah seawal subuh hari ke pejabat.. aku memang tak sempat nak buat bekal untuk Harith. Lebih2 lagi sekarang ni, aku cepat sangat letih. Sebab  aku tgh preggy. Mungkin ditambah rasa malas dan culas sama..

Sekarang ni sudah beberapa kali Harith nak ikut aku masuk opis pulak. Jadi lepas bersihkan dia, aku akan Tanya dia nak minum susu atau nak makan apa2 tak sebelum aku bawa ke taska. Hmm.. bila dah masanya nak hantar Harith g taska..dari jauh lagi nampak pintu taska.. mulalah dia nak menyorok belakang punggung aku      - __ -‘’   
Mama.. “Harith nak berak, sakit perut!”  - setakat ni dah 3 kali guna alasan ni kalau aku yang hantar dia g taska.
Aku tgok matanya. Keliling mata dah mula merah dan berair. Aku tau sebenarnya tu alasan dia x nak g taska.
Tapi.. aku terpaksa. bawa juga dia sampai betul2 depan pintu taska. Cikgunya ada disitu. Harith mula menangis kuat2 bila aku minta dia masuk ikut cikgunya.
“Harith tak nak!’......
Aku buka kasut.. hantar dia sampai dalam bilik yg dikhaskan mengikut umur 3 thn... Hmm.. tangisannya makin laju dan tangannya x lekang memegang baju kurung aku.
Sambil2 tu aku pujuk, tunjuk kawan2 dia yang tengah tgk tv semua elok je x menangis. Grrr.. tapi tangisannya makin menjadi-jadi.
Tak makan pujuk. Fuhh!! dalam hati memang tengah geram. Mujurlah suara halilintar aku tak keluar. Memang cepat marah time mengandung ni. Astaghfirullah.

Sudahnya aku tinggalkan juga Harith disitu. Aku terpaksa.. nak buat macam mana.. sampai bila pula dia nak menangis pg taska..
Ragamnya mungkinkah sebab aku tgh preggy ker? Manjanya ekstra.. kalau aku yang hantar mesti macam nilah dia punya ragam. Kesian Harith T T. Mama terpaksa jadi hati kering kerana kena masuk kerja.

Kalau ada pilihan lain. Aku nak je berhenti kerja dan jadi surirumah. Tapi apakan daya, peningkatan kos hidup masakini semakin mahal harganya. Kalau suami aku taukeh besar.. wah sekarang juga aku resign!



Friday, 18 July 2014

Pesawat MAS Terhempas Lagi



Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sedih dengan berita yg didengar awal pagi tadi. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) "terhempas" di ruang udara sempadan Ukraine-Russia! Perasaan takut naik flight kerana tragedi MH370 pun belum hilang, kini dikejutkan  pula dengan tragedi dahsyat melibatkan pesawat MAS MH17. 

Alfatihah dan takziah buat semua ahli keluarga penumpang dan anak kapal. Semoga tabah dengan dugaan ini. Pilu rasanya dalam tempoh 9 hari lagi nak sambut hari raya, tragedi pahit ini melanda negara kita. Tengok gambar2 tragedi yang tersebar di internet aku betul2 takut. 

7 hari lagi nak balik kampung. Rasa excited tu dah tukar jadi takut :(
Ya Allah yan Tuhanku, hanya padaMU tempat kami berlindung dari sebarang kecelakaan.

Amin.



Friday, 30 May 2014

Telatah Harith Di Pantai Teluk Kemang, PD



Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Aku dah lama rancang nak buat sendiri kek untuk hari ulangtahun ke-3 Harith tahun ni. Sebab 2 tahun asyik tempah kek. Kek skg mahal jugak la bagi aku. Peningkatan kos disana sini. Harapan punah jugaklah.. sebab hujung minggu (17 dan 18 Mei tu) aku kena out station urusan kerja ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Hari jadi Harith 18 Mei tu (Ahad) tapi apakan daya, aku hanya merancang.. selebihnya ketetentuan Dia. Tapi utk tidak menambah kehampaan tu aku ajak en.suami n Harith ke PD. Yayyy!! Hehehe. Tapi diorang berdua ja la dapat jln2. Mama kerja waktu siang- malam baru free. T T

Sedihnya, tak dapat sediakan kek pun utk Harith. Cadangnya aku akan buat belated birthday je la utk Harith insyaallah. Cian Harith.. sepanjang bulan Mei ni mama sibuk sikit dengan urusan kerja. Masa kat PD tu Harith sempat pegi Pantai Teluk Kemang. Siap minta beli pelampung sbb nak mandi laut! Gambar2 ni, papa dia yang ambik.. Tengok tu..


Pelampung baru Harith


Panaskan badan ;)


Lariiiiii.... Ohh baru tau Harith takutkan ombak tuh.


Hari terakhir kat PD .. Bye2 PD ;D

Ni kali kedua aku pg PD.. tapi tak sempat main air laut pun. Next time la kot. Hehe. 
So, till next time bye2.


Wednesday, 23 April 2014

Gambar Bapa 40 Tahun Yg Lalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tercungap2 hari ni sebab sibuk di opis. Tak pe time lunch hour ni aku mengupdate blog thru phone.. Sambil rehat2 kejap.. sambil makan2 jajan gitu.. kihkih.  Sebenarnya nak kongsikan gambar aku masa umur 5 tahun ni diambil pada tahun 1985.. Hmm sebelahnya tu gambar bapa aku yg diambil pada 40 tahun yg lalu.. 1974 (cop tarikh kat blkg gambar bapa 28 Jan 1974). Hensem pula nampak bapa masa muda2, hehe jgn marah eeyy.. 
Smga bapa sihat2 selalu.. Aminnn, ;)

Bapa & si anak

Oklah tak dapat taip banyak2 masuk kerja jam 2.00 ptg. Okay till next time.
Bye2.
posted from Bloggeroid

Saturday, 19 April 2014

Pengalaman Di "Sindaat" (disihir)

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sudah lama aku memikirkan sama ada perlu atau tidak aku kongsikan kisah ini. Niatnya untuk renungan, bukan utk mengaibkan. Selama ni memang aku biasa mendengar kisah2 org terkena 'buatan orang' (disihir/santau). Di kampung kelahiranku, "disihir/santau" ini lebih dikenali sebagai "sinda'at" dikalangan masyarakat berbangsa Dusun di Sabah. Sungguh aku tidak menyangka aku menjadi mangsa buatan org..

Awal tahun 2013 yang lalu, aku tiba2 mengalami sakit lutut. Mula2 rasa sakit di sebelah lutut kanan je, lepas tu selang berapa bulan, kedua2 lutut aku sakit hinggakan berdiri selama beberapa minit pun aku tak tahan. Aku tak berlengah ke klinik. Dah makan ubat , hilang sakit sehari dua, tapi sakit lutut menyerang lagi. Masa tu, doktor cuma maklumkan aku ni sakit sendi. Tapi agak pelik, sebab yang sakit lutut teruk macam ni kebiasaannya dialami oleh golongan warga emas kata doktor. Dan ini juga bukan gout.

Dah buat x-ray, doktor pun tak tahu apa masalahnya sampai lutut aku sakit. Nak kata cedera, aku bukanlah atlit sukan. So, aku kena refer doktor pakar di Hospital Ampang. Mujur lutut aku belum sampai proses nak dibedah. Cuma mkn ubat.

Hampir 7 bulan sakit lutut, kesakitan yang aku alami tu kerap membuat aku cepat baran. Malah aku sampai rasa dah putus asa sangat untuk mengubati sakit tu. Aku membebel2 kesakitan. Merungut sambil menahan sakit. Makan pain killer, makan vitamin, makan ubat khas sakit sendi, tapi sakitnya semakin teruk. Dalam hati aku berbisik, takkanlah tulang aku dah nak reput, berat sangatkah badan aku sampai lutut aku sakit begini? Aku hilang selera makan, jadi semakin murung. Kawan2 semua cakap, aku nampak tak sihat. Nampak muram. Sedangkan sakit tu pulak semakin mjadi2, bayangkan kalau nak berdiri pun aku kena berpaut , kalau tak en hubby kena tolong aku berdiri! Naik turun tangga pun sangat seksa bagi aku. Betul2 aku rasa seakan 'lumpuh' masa tu. Betapa nikmatnya hidup ini ketika sihat walafiat.

Sempat aku tulis entri pasal aku sakit lutut ni tahun lepas. Ingatkan sakit biasa, rupanya 'luarbiasa'. Mmg aku tak pernah suspek sakit lutut ini disebabkan buatan orang, sehinggalah aku balik kampungku di Ranau pada bulan oktober 2013. Hari kedua berada di sana, lutut kanan bengkak. Hairan, masa kat semenanjung, tak pernah pulak lutut ni bengkak. Sekali pun tak pernah. Aku tpaksa seret kaki kanan kalau nak bjalan. Kaki kanan aku tak mampu nak diangkat langsung apatah lagi nak bjalan normal.

Family terutama mak dan bapa agak hairan dengan keadaan yg aku alami. Teruk sangat kata mak. Adik aku pula mengajak berubat di kampung suaminya tapi agak jauh sikit nak ke sana.. Takut menyusahkan diorang, tapi kerana sudah x tahan sakit.. Aku setuju berubat kampung.

Dipendekkan cerita, aku berulang alik selama seminggu utk berubat di kampung tu tapi sakit tu masih tak hilang. Rawatan menggunakan ayat2 al-quran. Hari kelima aku dirawat, ustaz tu bagitahu aku terkena buatan orang kerana dengki. Sebelah lutut kiri dhantar 2 ekor jin manakala lutut kanan diletakkan benda2 kotor dan tajam (sprt tulang, kaca, paku dan besi -dinyatakan oleh ustaz). Aku memang tak nampak, tapi semasa proses rawatan mengeluarkn segala "benda" tersebut, aku merasainya ada benda' ditarik keluar! Ustaz cakap, benda2 kotor ini digunakan untuk melumpuhkan aku sehingga mati. Ya Allah rasa nak menangis masa tu. Sampai macam tu sekali aku dikenakan.. Bukan siapa2 yg "hantar" tapi ada pertalian kekeluargaan, Aku memujuk hati, aku muhasabah diri bahawa ini ujian Dia untukku. Syukur alhamdulillah, aku sempat berubat dikampung. Semuanya telah dikeluarkan, cuma aku kena bersabar utk pulih sepenuhnya. Semuanya atas izin Nya.

Ustaz tu ada bg tau, sakit ni bukan terus hilang. (Masa tu pun, aku jalan pun masih seret kaki sbb x dapat angkat/bengkok). Mengambil masa sebab benda2 tu sda bertahun 'tersimpan' dilutut aku, tapi berdoalah dan jgn putus asa. Surah al-fatihah sentiasa dibaca sepanjang masa. Akhirnya, setelah balik ke semenanjung, aku masuk pejabat dalam keadaan jalanku yg masih tidak normal. Semua memandang, semua bertanya.. Arghh.. sebelum ni pun drg mmg tahu aku sakit lutut tapi jalanku tak seteruk ini. Aku cuma mampu mengiyakan bila ada yg meneka aku mhidap penyakit gout. Kalau aku cerita perkara sebenar, takut mjadi fitnah.

Sebagai alternatif, aku minum air zamzam dan menggunakan losyen Anugerah yang telah dibacakan ayat2 Al- quran. Next entri, aku akan ceritakan pasal produk ni.

Till then, bye2.
posted from Bloggeroid

Friday, 13 September 2013

26 Pesanan Untuk Para Suami


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Aku rasa para suami patut baca pesanan dr Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ni. Memang banyak betulnya :) , entri ini adalah sempena sahabat baik aku menceritakan kesedihan dan kegeramannya terhadap encik suaminya yang telah menghabiskan semua lauk di atas meja pada suatu malam! Kedengaran lucu, tapi kawan baik aku ni memang sedih dan tersentap tau.


 Info ni aku dapat dari Facebook tadi. Tak salahkan, kita sama2 baca dan fahamkan apa intipati pesanan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ni. Jom baca..

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

24. Sekali sekala bawa isteri makan tempat-tempat yang biasa pergi makan masa bercinta dulu jangan masa isteri dah tukar size badan x nak ajak makan tempat2 yang indah-indah.

25. Ada masa bawa isteri pergi bercuti serta sambut ulangtahun, harijadi dan sebagainya..InsyaAllah.

26.Sayangi dan hargai lah sepenuh hati isteri anda kerana ianya dijadikan dari rusuk seorang suami peneman setia ke hujung nyawa suami.
 
Semoga bermanfaat untuk kita semua. Aamiin.

Jumpa lagi. Bye2.

Thursday, 15 August 2013

Harith Berposing


Assalamualaikum & salam sejahtera.

8 Syawal.

Baru seminggu di bulan Syawal. Boring juga masuk opis kalau kosong..kosong..kosong.. Mana tidaknya, kawan2 , bos2 aku semua cuti sakan. Aku tak boleh cuti beria sangat, sebab aku nak simpan cuti untuk beraya haji di Ranau bulan Oktober nanti.

Kali ini nak tunjukkan gambar Muhammad Harith pakai baju raya. Masa di kampung hari tu, memang sibuk pegi beraya dan tak sempat ambik gambar banyak2. Lagipun memang susahhh betul nak ambik gambar dia ni. Sampai menangis pula aku minta dia posing dengan baju raya dia. Kesian. Mari tengok hasilnya.

 Segak bersongkok ;)

Gembira..
Muka masam sebab mama suruh pakai songkok!

Hmm.. bosanlah mama. Harith nak pegi main.

Akhirnya dia menangis sebab aku minta dia duduk lagi untuk bergambar... hehe.


Syukurlah, aku berjaya juga ambik gambar dia. Kalau ikutkan, dia memang tak pandai duduk diam.. yang tensionnya akulah nanti, sebab balik2 suruh dia diam2 masa nak ambik gambar. Kalau guna kamera dslr canggih tu, tentu tidak menjadi masalah..

Ok, cukup setakat ini dulu.

Bye.




Monday, 12 August 2013

Duit Raya?


Assalamualaikum..

5 Syawal.

Suasana hari raya masih hangat terasa. Tapi, kami sekeluarga sudah pun kembali ke tempat bertugas, Hulu Langat. En. suami dah start masuk opis. Aku pulak sambung cuti 2 hari. Rasa mood nak kerja masih OFF lagi. Hehe.

Dah masuk alam 'dewasa' ni, bagi aku hari raya setiap tahun, tidak semeriah hari raya di zaman kanak2 ribena dulu. Yalah kan, masa tu apa sangat yg budak2 tau kan? Makan kuih muih, biskut dan bakar bunga api pun dah cukup menggembirakan (bagi akulah).

Hmm, masa zaman kecil2 dulu, duit raya bukanlah satu kemestian pada aku. Dapat duit raya, alhamdulillah masuk tabung. Tak dapat duit raya, tak adalah aku nak meroyan nak minta juga sampai dapat. Mungkin itu adalah hasil didikan secara tidak langsung dari mak bapa aku yang tidak pernah mengajar kami apa itu 'duit raya'.. Eh, bukan pasal kedekut, tapi memang betul kami adik beradik tidak diajar cintakan material semata!

Sebenarnya aku nak ceritakan satu alkisah sewaktu beraya di kampung en.suami. Pada petang hari raya ketiga, rumah mak mertua dikunjungi ramai golongan kanak2 ribena yg pada perkiraan aku dalam lingkungan 5 tahun hingga ke 9 tahun. Mereka datang berkumpulan secara berasingan. 2 kumpulan pertama, budak2 ni bagi salam dan masuk rumah. Kami hidangkanlah hidangan biasa dihari raya. Lepas tu, en.suami, bg duit raya. Diorang salam en. suami je. Aku dan mak mertua langsung tidak disalam. Then,..

Setengah jam selepas itu, ada dua org budak umur 6 ke 7 tahun (anggaran aku) bagi salam dan directly cakap 'kami nak duit raya' -masa tu en.suami jawab salam dan ajak budak2 tu masuk, tapi budak2 tu tercongok di sliding door... (aku rasa terkedu sekejap). Sebab budaya pemberian 'duit raya' ini telah disalahertikan oleh budak2 ini. Tanpa masuk ke rumah, tidak bersalaman dengan tuan rumah, at least ada 3 orang dewasa di rumah tu, hanya en.suami sahaja yg diorang salam. Sebab en. suami bg duit raya.. Aku dan mak mertua aku, budak2 tu buat tak tau je. Diorang terus berlalu macam tu. Terus terpikir, diorang ni anak siapa? Mak bapa dia ajar macam mana? Ajar minta duit ka? Mak mertua aku pun mengomel bising lepas tu. Bezanya kanak2 dahulu dan sekarang!

Sumber : Pacik Google
Memang betul pun, masa zaman aku kanak2 dulu. Mak & bapa akan marah kalau aku panggil abang aku tu dengan menyebut namanya. Bapa akan tanya balik kat aku .."kau panggil apa??" -Serta merta aku akan buat 'pembetulan' time tu jugak! - Arghh, takut betul kalau bapa marah. (Pembetulannya dimulai dengan panggilan 'abang/kakak' dan diikuti nama abg/kakak) Huh. Memang terkesan kegarangan org tua aku. Sampai sekarang ni aku ingat macam mana nak hormat org yg lebih tua. Kalau pergi beraya di rumah orang, mesti salam kat org tua. Bukan salam hanya kerana dapat duit raya. Ni, kau dah dapat duit raya kau blah aja tanpa ucap terima kasih. Aku memang serta merta temperature mendidih2 dgn org mcm ni. Astagfirullahhalazimm.. 

Sesungguhnya, bagi pandangan aku, didikan sebegitu sebenarnya bermula dari rumah..dan cara kita diajar oleh kedua org tua/keluarga kita. Setuju?

P/s : Insyaallah, semoga kami dapat mendidik Harith sebaik mungkin. Amin.


Bye for now. Tata.

Sunday, 12 May 2013

Jangan Sambut Hari Ibu?

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Rasanya ramai yang tahu hari Ahad di minggu ke-2 dalam bulan Mei adalah sambutan untuk Hari Ibu, kan? Upss, Hubby aku bagi tau tadi.."Ustaz Azhar Idrus cakap, tak boleh sambut Hari Ibu."... sebenarnya tidak lama dulu aku memang pernah terbaca tentang hukum meraikan atau menyambut hari tersebut. Dalam satu website yang aku tergoggle ni ada menghurai dan menjelaskan kenapa kita sebagai orang Islam tidak perlu sambut Hari Ibu. Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang tak tahu. Tidak salah untuk kita sama2 sebarkan maklumat ni kan :). Sila ke SINI untuk mengetahui lebih lanjut. Walaupun kini tidak menyambutnya, aku sentiasa teringatkan kedua orangtua aku di kampung. 

Ilustrasi oleh : Hazinra Namir ( Halcipta Terpelihara)

Terkenang betapa besarnya pengorbanan orangtua aku untuk menyara dan membesarkan kami adik beradik. Bapa aku dulu guru di sekolah rendah, dia sudah lama pencen. Bapa aku berpencen pada tahun 1997, masa tu tahun aku ambik SPM. Masa kami adik beradik masih sekolah rendah, mama menjual kuih-muih di pasar Pekan Ranau untuk membantu bapa aku menampung perbelanjaan di rumah. Masa tu kakak aku bersekolah di semenanjung, jadi tentu perlukan duit belanja setiap bulan. Aku pernah ikut dia menjual pada waktu hujung minggu, seingat aku masa itu umur aku 9 tahun (Darjah 3), tak faham apa lagi pun, budak2 lagi kan. Kuih yang paling laris mama jual masa tu Kuih Lapis <selang-seli warna hijau dan merah jambu> , karipap, epok-epok kelapa, pinjaram, kuih lenggang (Ketayap), mama jual mee goreng, mee rojak yang semuanya dibungkus plastik sebelum dibawa ke pekan. Kalau hari tu mama menjual kuih, mama dan bapa akan bangun seawal 4.00 pagi untuk membungkus dan menyediakan apa yang perlu dibawa ke pekan nanti. Masa di pasar, kuih akan disusun dan mama akan duduk menunggu pelanggan. Kalau kuih habis dijual mama akan pulang awal. Kalau tidak, mama sampai petang menunggu jualan habis. Tapi mama selalu tukar kuih yang tak habis dengan  makcik penjual sayur-sayuran yang dijual di pasar tu. Kiranya mama buat ala Sistem Barter.. :) . Kalau tak ikut mama menjual kuih, kami akan tunggu mama di kaki lima rumah. Dulu aku tak faham pun kenapa mama perlu menjual kuih. Aku tak tahu pun orangtua aku bersusah payah menyediakan minum makan dan pakaian untuk kami.. kesian kan. Mungkin kerana penat dan tak cukup rehat, mama aku dinasihatkan doktor supaya berehat di rumah dan mengurangkan kerja berat. Seingat aku mama kena darah tinggi. Kesian kan. Jadi mama berhenti menjual kuih di pasar pekan. Tapi di rumah, kadang-kadang ada juga kawan-kawan sepejabat bapa yang menempah makanan. Masa tu yang aku faham cuma tolong bila mama meminta bantuan. Rutin hidup kami adik beradik memang terbiasa dengan aktiviti membuat dan menjual kuih, menggoreng mee dan seumpamanya. Masa aku menganggur, aku tolong mama menjual kuih muih di gerai dekat rumah.. dapatlah tolng-tolong mama sementara aku dapat panggilan kerja. Lama juga lah aku menganggur.. kalau ikutkan, mama sudah tidak aktif buat kerja. Tapi mama cakap bosan duduk dirumah. Jadi rutin mama masih lagi di gerai sehingga sekarang pun. Besar pengorbanan mama bapa aku.. kalau dibayar duit pun tidak akan sama.. sudah tua2 ni baru tau betapa besarnya kasih & pengorbanan orang tua. Aku sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan untuk mereka di kampung. Marilah kita sama2 mengingati dan menghargai ibubapa kita. Doakan yang baik2 untuk mereka. Mama & bapa, aku sayang kamuuu T T ...

Sekian.