Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Saturday, 14 June 2014

Versi Entri Terlambat Update : Kuching, Sarawak

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dah seminggu berlalu, paksakan diri juga untuk update blog. Sebabnya malas + penat sangat. Apapun alkisah dan kenangan menjejaki bumi kenyalang, sentiasa di ingatan ^ ^

****

Bila dah sampai Kuching, Sarawak.. Rugi kalau langsung x jalan2 kan.. Jadi aku sempatkan diri bergambar dgn si 'kucing besar' di tengah2 bandar Kuching ;), jalan2 kat Waterfront dan naik perahu tambang menyeberangi Sungai Sarawak ke Kg. Gersik, utk temankan bos aku (perempuan yer)  mbeli kek lapis dan ikan terubuk masin. Sempat menjengah Kubah Ria (tapi x ramai org), kawan bg tahu, kat situ cuma happening bermula petang Jumaat hingga Ahad. So mmg x bkesempatan merasai kemeriahan di situ.. Bila tengok gambar2 ni, rasa nak ke Kuching lagi ;), kalau ada rezeki boleh bawa family kan!


Sempat merasa naik perahu ni ke Kg. Gersik :)

:)



Dah sampai di seberang sungai




View depan Mira Cake House..


Meriah macam juadah di pagi raya.. ni tester utk semua kek lapis yang dijual.


Kat tepi jalan Kg. Gersik tu, ada deretan gerai ikan terubuk masin basah ni.



Nasi Goreng Ikan Terubuk Masin



1st time rasa Mee Kolok


Greeting from Kuching City ;)


Pemandangan waktu malam , Waterfront Kuching


posted from Bloggeroid

Tuesday, 10 June 2014

Sarawak.. Here I Come ^ ^v



Gambar Hiasan Jer..
The Original Laksa Sarawak Made By My Sarawakian Friend -Jojo.

Assalamualaikum& salam sejahtera,

Petang ni, insyaallah aku fly to Kuching, Sarawak selama 4 hari atas urusan kerja rasmi. Excited sebab dengan terjejaknya kaki aku di negeri Sarawak, maka dengan ini aku telah berjaya menjejak kaki  seluruh negeri di Malaysia. Dari utara ke selatan tanah air, alhamdulillah akhirnya akan ke Bumi Kenyalang. Walaupun tak akan dapat round habis satu negeri Sarawak nanti (Sebab kerja, bukan cuti), tapi pengalaman berada di tempat orang sudah pasti sesuatu pengalaman yg baru. Jumpa lagi di entri akan datang :)

Bye!

Sunday, 8 June 2014

Teringin Nak Belajar Bahasa Isyarat

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Baru kali ini rasa betul2 nak kongsikan pengalaman berurusan dengan orang yg pekak dan bisu. Bidang tugas aku ada melibatkan persatuan2 golongan kurang upaya.. Terutama yg melibatkan sukan. Baru tahun ni berurusan dgn golongan ini. Bila berhadapan dengan mereka ini, betapa bersyukurnya aku dengan nikmat yg Allah pinjamkan.

Setakat ni, aku telah berurusan dgn golongan pekak dan bisu ini sebanyak 2 kali ; di pejabat. Tapi, oleh kerana aku tidak mempunyai asas Bahasa Isyarat, so semua komunikasi menggunakan tulisan di atas kertas! Sebelum wakil persatuan org pekak itu beredar, dia sempat memberi isyarat 'terima kasih' - pada masa tu aku cuma mengagak itulah yg cuba disampaikan. Dan aku tak tahu apa isyarat yg digunakan utk mengucapkan 'sama-sama', jadi aku setakat mengangguk dan senyum. Alangkah bagusnya kalau aku sendiri tahu menggunakan Bahasa Isyarat ni,.. -inisiatif sementara mencari peluang utk masuk kelas Bahasa Isyarat ni.. Aku cuba google.. Mmg ada, tapi kalau nak menuntut ilmu, biarlah berguru kan.. ;)

Ok, gambar kat bawah ni menunjukkan isyarat 'Terima Kasih' dan 'Sama-sama' yang aku jumpa di internet. Lepas ni, bolehlah aku praktikkan.. Hehe.



posted from Bloggeroid

Wednesday, 4 June 2014

InCheon, Korea


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Petang semalam (Selasa), aku dikhabarkan berita gembira bahawa nama aku tersenarai untuk ke Icheon, Korea sempena Program Sukan Paralimpik Peringkat Negara Asia. Bos aku cakap, siapa yang tersenarai .. sila bagi salinan passport antarabangsa selewatnya pagi khamis minggu ni untuk disenarai pendek dan ditapis oleh pihak yang dipertanggungjawabkan oleh Jabatan. Pstt : Ke sana atas urusan kerja.

Cepat2 aku google apa yg perlu disediakan untuk pemohon passport buat pertama kali mcm aku ni. Baca punya baca, baru aku tahu.. aku takkan sempat hantar salinan pasport tu sebelum khamis ini kerana syarat pagi pemohon berasal dari Sabah/Sarawak yg memohon passport pertama kali di Semenanjung Malaysia akan dikenakan syarat macam ni... (rujuk gambar yg aku print screen dr website Jabatan Imigresen /tarikh dikemaskini 21.2.2014) 

Sumber : Website Jabatan Imigresen Malaysia

Pendek kata, aku tak akan dapat passport dalam tempoh sehari seperti yg diwar-warkan  kerana permohonan perlu dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah..dan tempoh kelulusan dalam 5 hari bekerja. Aku ada masa 2 hari jer sebelum tapisan akhir. Agak kecewa juga, sebab syarat tu seperti tidak sama rata sedangkan aku pun warganegara Malaysia. Ok.. Sabah tu pun salah satu negeri dalam Malaysia. 

Halangan2 sebeginilah menunjukkan tu bukan rezeki aku ke sana. Kalau makanan dah masuk mulut pun boleh jatuh.. sebab bukan rezeki kita! -kan?

:)

Bye!


Friday, 30 May 2014

Telatah Harith Di Pantai Teluk Kemang, PD



Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Aku dah lama rancang nak buat sendiri kek untuk hari ulangtahun ke-3 Harith tahun ni. Sebab 2 tahun asyik tempah kek. Kek skg mahal jugak la bagi aku. Peningkatan kos disana sini. Harapan punah jugaklah.. sebab hujung minggu (17 dan 18 Mei tu) aku kena out station urusan kerja ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Hari jadi Harith 18 Mei tu (Ahad) tapi apakan daya, aku hanya merancang.. selebihnya ketetentuan Dia. Tapi utk tidak menambah kehampaan tu aku ajak en.suami n Harith ke PD. Yayyy!! Hehehe. Tapi diorang berdua ja la dapat jln2. Mama kerja waktu siang- malam baru free. T T

Sedihnya, tak dapat sediakan kek pun utk Harith. Cadangnya aku akan buat belated birthday je la utk Harith insyaallah. Cian Harith.. sepanjang bulan Mei ni mama sibuk sikit dengan urusan kerja. Masa kat PD tu Harith sempat pegi Pantai Teluk Kemang. Siap minta beli pelampung sbb nak mandi laut! Gambar2 ni, papa dia yang ambik.. Tengok tu..


Pelampung baru Harith


Panaskan badan ;)


Lariiiiii.... Ohh baru tau Harith takutkan ombak tuh.


Hari terakhir kat PD .. Bye2 PD ;D

Ni kali kedua aku pg PD.. tapi tak sempat main air laut pun. Next time la kot. Hehe. 
So, till next time bye2.


Tuesday, 20 May 2014

Save The Date : Festival Belia Putrajaya (FBP) 2014

Sumber : Google

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Aku nak maklumkan kat yang singgah kat sini, sempena sambutan Hari Belia Negara 2014, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menganjurkan Festival Belia Putrajaya (FBP) 2014 bermula dari 23 Mei sehingga 25 Mei ini di Putrajaya 10 pagi hingga 10 malam. Ada banyak bazar, jualan & aktiviti di sekitar Presint 4, Putrajaya. Yang minat hiburan tu, retis pun ada. Aku nak taip apa yang ada kat FBP ni tapi.. banyakkkk sangat. Nak pulak time sekarang ni, aku terkena tempias kesibukan juga, sebab banyak terlibat dengan jawatankuasa berkaitan FBP ni di opis. Weekend ni, sapa2 yang berdekatan bolehlah berkunjung ke tapak festival ni di Putrajaya, bawa org2 tersayang sekali. Sebelum tu, aku nasihatkan korang cek aktiviti yang ada kat FBP tu di SINI supaya tahu arah tujuan buila dah sampai di tapak FBP. Luas sangat tu nak pusing2.. dari utara ke selatan, dari timur ke barat.. semua ada aktiviti menarik. Pstt, jangan lupa.. jom jalan2 ke Putrajaya :)  - Save the date ya!


Thursday, 15 May 2014

Program Inspire : cari bakat baharu atlet paralimpik


Sumber : Utusan.com.my




KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mewujudkan ‘Program Inspire’ sebagai langkah mencari bakat-bakat sukan baharu dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) terutamanya bagi yang bercita-cita untuk menjadi atlet paralimpik di negara ini.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, program itu menyasarkan golongan OKU di peringkat akar umbi di seluruh negara yang mempunyai bakat dalam bidang sukan dan ia akan menjadi platform yang lebih besar bagi golongan itu untuk bersukan serta berekreasi.
Katanya, golongan OKU diga­lakkan menyertai kem yang akan diadakan di 119 daerah di seluruh negara dengan 30 peserta terbaik akan dipilih melalui saringan bagi memasukan kem dua hari yang dipanggil ‘iTalent’.
"Daripada jumlah keseluruhan, 1,400 peserta akan dikenal pasti untuk menyertai kem ‘iTrain’ yang akan diadakan di setiap negeri selama lima hari dan mereka akan dilatih dalam mana-mana lima acara sukan para­limpik seperti bola sepak tujuh se­belah, olahraga, memanah, bola ke­ranjang kerusi roda, angkat berat, goal ball, ping pong, badminton, boccia, basikal, renang dan boling padang.
"Kami berharap bahawa daripada jumlah itu, bakat-bakat para­limpik akan dikenal pasti seterus­nya diserap ke dalam program sukan elit di mana mereka akan mewakili Malaysia dalam mana-mana kejohanan paralimpik dunia," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan di sini semalam.
Majlis perasmian pusat itu di­sempurnakan Penaung Majlis Pa­ralimpik Malaysia, Tun Jeanne Abdullah dan turut dihadiri bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun ­Abdullah Ahmad Badawi.
Sementara itu, Khairy mem­beritahu, Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik yang dibangunkan dengan nilai RM49 juta itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan termasuk lapang sasar memanah, kolam renang, dewan bola keranjang, dewan serbaguna serta asrama yang akan digunakan oleh para atlet paralimpik.
Katanya, atlet paralimpik kini tidak perlu lagi berkongsi kemudahan sukan dengan atlet lain di Bukit Jalil kerana mereka kini memiliki kemudahan tersendiri kecuali bagi acara olahraga kerana pusat itu tidak memiliki balapan.
"Boleh saya nyatakan di sini, pusat kecemerlangan ini memiliki kemudahan terbaik di rantau Asia Tenggara dan kami turut membuka pintu seluas-luasnya kepada para atlet paralimpik amatur untuk berlatih serta pelajar sekolah pendidikan khas untuk menggunakan kemudahan di sini.
"Penggunaan kolam renang, gelanggang permainan atau sebagainya mungkin untuk terapi atau pemulihan mereka. Kami mahu pusat ini menjadi pusat kecemer­­la­ngan bagi semua OKU bukan sahaja dalam kalangan atlet tetapi me­rangkumi semua," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairy memberitahu Kompleks Belia dan Sukan Kuala Lumpur di Kampung Pandan akan menjalani proses pembangunan secara menyeluruh melalui jalinan kerjasama dengan pihak swasta dalam tempoh dua tahun.
Katanya, kertas cadangan me­ngenainya akan dikemukakan kepada jemaah menteri bagi mendapatkan kelulusan sebelum kerja-kerja penilaian mengenai projek itu dijalankan.

© Utusan Melayu (M) Bhd 



************************************************************************************************************

Lepas ni program berkaitan kerja aku akan banyak dijalankan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik kampung Pandan Kuala Lumpur ni. Putrajaya ke Kg Pandan taklah jauh sangat.. cuma nak merempuh jem je.