Showing posts with label IKBN. Show all posts
Showing posts with label IKBN. Show all posts

Monday, 4 November 2013

Temasya Sukan IKBN/IKTBN Se-Malaysia Ke-27


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Lama sangat aku x update blog. Bukan kerana malas. Tapi kerana jadual harian agak padat sejak akhir2 ni.
Lepas waktu pejabat, aku kena turun untuk latih pelajar2 wanita untuk main bola tampar.. Jadi juruletih sebenarnya. Bila dah balik rumah jam 7.00ptg aku sangat2 kepenatan. Buka laptop pun x sempat. Apatah lagi mengupdate blog.

Selebihnya, aku sibuk bercuti di kampung halamanku di Ranau, Sabah. 13 hari bercuti tetapi terperap dirumah kerana sakit. Jadi memang tak ke mana pun. Sedihh.. tskk!

Cepatnya masa berlalu, 24hb Oktober dah kena balik ke Hulu Langat.. wajib balik kerana ada tugas berat menunggu.

Sebenarnya, 25 Okt - 29 Okt 2013, IKBN Dusun Tua menjadi tuan rumah Temasya Sukan IKBN/IKTBN Se-Malaysia. Cuma, acara yang dipertandingan 4 acara sahaja iaitu bola sepak, badminton, sepak takraw dan bola tampar.

Ya, sebenarnya satu penghargaan bila aku dilantik menjadi juruletih pasukan bola tampar wanita IKBN Dusun Tua. Dalam tempoh 5 tahun bertugas disini.. nilah pertama kali aku jadi juruletih. Bagi aku besar jugaklah tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Walaupun aku tidak pernah mewakili perlawan hebat2 masa di sekolah dulu.. tapi aku sangat minat dan suka main bola tampar. Kakak aku ajar  digging bola masa aku umur 8 tahun (darjah 2), pas tu terus jatuh cinta kat bola tampar ni..

View dari tingkap rumah kuartes :)


Team Bola Tampar Wanita IKBN Dusun Tua.

Berjaya ke semi final.



Rakan2 sekerja dan pelajar2 IKBNDT yang memberi sokongan :)



Tengok ni, Cikgu Pancaragam siap bawa gendang lagi :)

IKBN Dusun Tua VS IKBN Peretak. Lagi satu set IKBNDT nak menang tempat ke-3.


Kami :)

Alhamdulillah berkat kesungguhan dan keberanian Team Bola Tampar Wanita IKBN Dusun Tua berjaya mendapat tempat ke-3. Sebenarnya nyaris2 mengalahkan team yang Johan dan N. Johan.. Bos aku cakap, kami dah pecahkan rekod acara bola tampar kategori wanita ni.. sebab sebelum ni team wanita tak pernah masuk ke semi final sekalipun. Wah, hebat tu. Satu kegembiraan buat aku dan anak2 murid yang bersungguh2 dan tak putus asa walaupun berhadapan dengan team yang kuat. (Sebenarnya team yang dikatakan kuat ni pun menang tipis melebihi 1 mata sahaja dr team IKBNDT). Tahniah kepada semua player Bola Tampar Wanita IKBN Dusun Tua. Itulah nilai usaha yang kalian lakukan beberapa bulan ini.

Untuk rakan2 sekerja yang sangup berpanas menyokong team IKBNDT, terima kasih byk2..

Semoga terus maju jaya.

p/s :  Biar kulitku hangus terbakar. Janji dapat pingat utk IKBNDT :)



Sekian. Bye2




Wednesday, 24 April 2013

Mereka mudah lupa

Siapa aku untuk menegur lebih2 bila anak murid langsung tidak mendengar. Sekali dua mungkin tidak mengapa, kalau banyak kali buat hal semasa kelas berjalan siapa2 pun naik bengang. Itu realitinya golongan pelajar sekarang.. kita tegur lebih2 tak boleh. Rotan2 apatah lagi, cari nahas la kau disaman makbapak pelajar. Ini bukan budak2 sekolah menengah atau sekolah rendah, ini lepasan sekolah menengah dan kurang cemerlang dalam exam SPM, then masuk sini.. Tidak mengapalah, kalau kau nak perbaiki kesilapan lalu. Ini peluang untuk nbelajar kemahiran. Dulu kau pernah gagal, janganlah ulang perangai yang membawa kegagalan kau semasa di sekolah menengah dulu. Mungkin bukan semua, tapi kerana nila setitik inilah menyebabkan rosak susu setempayan! Bagi tugasan kau tak buat. Bagi nota kau buat macam sampah. Masuk kelas lambat, tak hormat waktu pengajar dalam kelas. Hmm, kau masih tak sedar2 kan, kami disini dibayar gaji untuk mendidik. Kau tak terima, kau akan menyesal nanti. Ingat2lah, kalau tak belajar sungguh2 kau boleh dapat sijil SKM yang kau idam2 tu? Senang2 kau dapat sambung tahap nanti? Macam mana pulak yang sekerat jalan mengikuti pengajian disini? Kau berhenti kau nak buat apa? Kalau anak orang kaya raya, tak apalah. Kalau kau bukan anak orang kaya? kau nak buat apa? Esok kau yang lelaki akan jadi ketua keluarga, bagi makan anak bini. Kalau kau tak kerja / tak dapat kerja, semua ini akan jadi berat bebanannya. Masa tulah baru kau menyesal, menyesal kerana tak belajar sungguh2 disini. Dulu aku pernah gagal, kini aku gagal lagi menggunakan peluang yang ada.. Kau nak menyesal macam tu kah nanti? Sedarlah wahai anak muridku. Aku tak marah, tapi aku sedih T T ..

Monday, 15 April 2013

Program Latihan Bidang Minyak & Gas Di IKBN Bandar Penawar, Johor

Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar akan melaksanakan program berasaskan latihan dalam Bidang Minyak & Gas. Melalui kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS), SIRIM Berhad dan Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) pada November 2012 telah mencapai satu persetujuan untuk menjadikan IKBN Bandar Penawar sebagai hub Pensijilan Profesional Antarabangsa yang menyediakan latihan kemahiran bersepadu bagi memenuhi keperluan sektor minyak dan gas di Malaysia. 



Bidang Latihan Yang Ditawarkan :
  • Health Safety & Environment (HSE)
  • Welding For 6G/6GR
  • Basic Welding Inspections
Pusat Latihan :

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar
Jalan Kejora Utama,
81930 Bandar Penawar
Johor Darul Takzim


Kemudahan
Pusat pengajian, bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan, rekreasi dan kemudahan sukan

Tarikh Tutup
Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun (Bagi kursus yang dinyatakan di atas sahaja)


Anda Berminat?


Maklumat lanjut, sila ke SINI -->  http://eikbn.gov.my/oildangas/programkemasukkan1.html

Untuk makluman anda IKBN adalah di bawah Kementerian Belia & Sukan (KBS).

Sumber Maklumat : http://www.ekbs.gov.my/

Thursday, 11 April 2013

Jom Masuk IKBN ;)

Salam. Kali ini aku rasa terpanggil untuk menulis tentang  calon2 SPM yang baru2 menerima keputusan peperiksaan yang diambil pada tahun lalu. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya, bagi yang gagal, perjuangan anda tidak tamat disini. Baru 18 tahun kan, kalau panjang umur anda semua akan meniti kehidupan ini beberapa pulu tahnun lagi - Insya Allah.

Gagal SPM bukanlah bermakna anda sudah putus harapan mahupun gelap masa depan. Jangan kecewa dan jangan meratap kegagalan anda. Andai kata ada suara2 sumbang memperlekehkan keputusan SPM anda yang kurang cemerlang  sila abaikan dan buat2 pekak telinga. Diam bukan bermakna anda mengalah kan? Sekarang ni, cuba berfikiran sepositif mungkin untuk menghadapi keadaan sebegitu. Jangan fikir, anda suda gagal..dan tidak ada peluang langsung untuk membaiki kesilapan itu.

Anda semua masih boleh berjaya dengan usaha dan doa berterusan. Sebagai seorang manusia yang prihatin, aku cadangkan mereka yang gagal SPM ni agar mengulang/ambil semula SPM atau  memohon belajar dalam bidang kemahiran. Di Malaysia untuk belajar kemahiran ni kita ada Politeknik, Giat Mara, Kolej Komuniti & IKBN. Kolej2 swasta pun ada. Bagi anda yang gemar menjahit, memasak, solekan & dandanan,  membaiki kereta, membaiki motosikal, kimpalan (welding), pendawaian elektrik,  pembuatan perabot, lanskap binaan dan bermacam2 kursus kemahiran yang tidak dapat dinyatakan disini. Bagi anda yang kurang berkemampuan untuk menyediakan yuran pengajian, aku syorkan untuk mendalami bidang kemahiran ini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia & Sukan. Permohonan adalah melalui UPU-online http://upu.mohe.gov.my/ , Tarikh tutup : 15/4/2013. Sila beli nombor PIN di bank BSN. Jadi, apa tunggu lagi,anda masih sempat untuk mohon masuk. Semoga anda terus maju jaya dan sentiasa berfikiran positif!

Selamat maju jaya :)