Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, 11 April 2014

Kek Sunquick aka Resepi Kek Minyak


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hujung minggu lepas, Harith tiba2 minta kek. Permintaan sama mcm beberapa minggu lalu. Teruja betul dia kalau nampak kek birthday walaupun nampak dalam kartun je. Mood mama sangat bagus masa tu, jadi layankan apa yang diminta walaupun aku tahu tak cukup bahan. Aku malas ke kedai cari bahan2 kek sebab hujan. Jadi, aku terpaksa guna apa bahan2 yang ada kat dapur je. Hehe.

Ok.. aku gunakan resepi kek minyak (bakar) paling simple dan paling senang dari blog INI .. Cuma aku guna oren sunquick buat perisa. Dan tak buat belang2 mcm resepi asal. Alhamdulillah walaupun nampak bahannya 'biasa-biasa'.. tapi rasa kek ni sedap. Ni adalah hasil kek minyak yang aku buat untuk Harith. Walaupun aising x ada.. Harith tetap nyanyi lagu birthday to you masa nak makan kek ni. Hehehe.







KEK SUNQUICK aka RESEPI KEK MINYAK Sumber dirujuk dari : yatimemories Bahan-bahan ( 8x8inci)

  • 5 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus / gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate   -----> Aku tak guna sebab tak ada
  • 1 cawan minyak masak    -----> Aku guna brand saji, tu je ada
  • perasa dan pewarna kegemaran(aku letak Oren Sunquick)
  • 1 sudu teh esen vanilla  ----> Aku tak letak
Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti (aku buat satu warna)
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
Hmm, aku simpan kek (siap potong0 kat dalam tupperware. Esok aku makan, rasa semakin lembap pula.. Hmm manis2 buah gitu. Sedap buat minum petang. Aku buat bekal Harith g taska. Sempat juga aku bawa pg opis sikit buat kudap2. Nanti boleh la cuba buat ye kawan2. Sangat senang membuatnya. Terima kasih kepada tuan punya resepi.

Till we meet again.
Bye2


Friday, 14 February 2014

Pai/ Tart Telur

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Rasa terpanggil untuk mengemaskini blogku ini. Selama bebrapa bulan ni aku sibuk dengan urusan pertukaran tempat kerja dengan posisi jawatan baru. Selesaikan tugas2 akhir sebelum berpindah dan Januari 2014, aku lapor diri di tempat kerja baru. Akhirnya setelah 6 tahun aku bertugas di Hulu Langat, kini aku bertukar di Putrajaya.

Sekarang aku masih menumpang kasih di kuarters tempat kerja lama di Hulu Langat. Mujurlah ada timbang rasa pihak pengurusan di sana. Aku dan en hubby baru ja mohon kuarters di Putrajaya, tapi Q masih panjang. Jadi, terpaksa berulang alik dari Hulu Langat ke Putrajaya setiap hari bekerja. Sejak minggu lepas, kami start merempit naik motor. Kalau drive kereta nak pergi kerja, alamat punch card merahlah nanti. Jemm yang teramat sangat di kawasan Hulu Langat ni.

Sekarang ni, mood mencuba resepi baru meluap2. Print resepi bukan main. Tapi bila dah weekend, aku jadi malas! Ok, hujung minggu ni cadangnya nak buat Pai Telur. Biasanya orang lebih biasa dengan Tart Telur berbanding Pai Telur ni. Aku dah google, sebenarnya bahan2 yang digunakan hampir sama. Mula2 aku terpikir juga, apa beza Pai dan Tart? Aku pikir2 ikut logik sendiri , mungkin kerana Pai ni  saiznya lebih besar dari Tart tu yg nama lain sikit kot?? Entahlah. Chef Pastry mesti boleh jawabkan... 
Jomm terjah tgk resepinya :)

Resepi Pai Telur
(Sumber : My Resepi)


Bahan-bahan ( utk satu bekas pie yg besar tuh 


Bahan utk buat Crust : 

2 cawan tepung gandum

1/4 cawan gula halus

1/2 teaspoon baking powder

1/4 teaspoon garam

1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)2 biji telur

Bahan utk filling

1 cawan susu cair

4 biji telur1 cawan gula halus

1 cawan air

1 tbs tapung kastard

½ tsp vanilla essence

Cara-caranya :
  1. Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
  2. Masukkan butter. Sebatikan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
  4. Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
  5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
  6. Tekan2 doh ke dalam bekas pai. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  7. Bakar dlm oven.
P/s : Kalau nak tau pai tu dah masak ke belum, tunggu sampai filling tu ada meletup2 sikit  masa kita tengah bakar. 

Selamat mencuba.
 
Sumber : My Resepi
Rupa Pai Telur bila dah sip. Sama macam tart telur yg kecik2 tu kan :)


Sedapnya, esok aku memang nak try juga ni ;)

Ok. Bye2.

Tuesday, 10 September 2013

Cucur Bilis Air Panas


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Sekarang ni di Hulu Langat musim hujan dan mendung sepanjang hari. Sang matahari sudah lama tak kelihatan. Jadinya, suhu agak 'sejuk' sedikit. Tapi tidaklah sesejuk kampung halaman aku di Ranau. Bila hujan lebat, esok paginya bukit di belakang kuarters ni akan diliputi kabus, sekali lagi mengingatkan aku pada kabus tebal dan dingin di kampung. 

Dah tau cuaca sejuk, aku pula mulalah cepat lapar. Kalau bancuh minuman panas, teringin pula nak ada kudap-kudap. Paling ekspress tentulah buat cekodok/cucur. En Hubby pulak memang suka makan cucur bilis yang dicampur hirisan bawang. Panas2 memanglah sedap dimakan, tapi bila dah sejuk, cucur yang aku selalu buat tu jadi liat! Jadi aku google cari resepi cucur di internet. Jumpa resepi yang dikongsikan di blog Kak Yati  Memories. Tq kak Yatie.

Sebelum ni aku memang tak tahu, bancuhan tepung cucur ni menggunakan air panas. Padanlah yang aku selalu buat tu liat bukan main bila dah sejuk. Kali ini, aku berjaya membuat cucur bilis yang lembut dan sedap walaupun sudah sejuk.

Cucur bilis yang dah siap goreng :)


Bahan2 Yang aku gunakan :

Tepung gandum
Secubit garam,
Bilis yang direndam dan ditumbuk sedikit
Bawang merah kecil (cincang halus)
Hirisan halus lobak merah
Air panas

Caranya :

Campur semua bahan kecuali air panas.
Buat bulatan ditengah2 tepung tersebut.
Tuang air panas dan kacau tepung dengan pantas.


Untuk sukatan semua bahan, maaflah ye aku pun main agak2 je. Tak ikut sangat resepi asal yang kak Yatie kongsikan, cuma aku gunakan sebagai panduan. Kalau nak cuba buat dan tak tahu nak agak, korang boleh cuba ikut resepi di blog kak Yatie tu yer :) ..

Alhamdulillah En. Hubby cakap, sedap dan pinggan licin!


Ok, jumpa lagi. Tata.