Showing posts with label SukaHati. Show all posts
Showing posts with label SukaHati. Show all posts

Thursday, 21 April 2016

Repair Laptop Murah

Assalamualaikum &  salam sejahtera,

Bertahun x update blog!

So,  tanpa membuang masa,  aku nk kongsikan tempat nk repair laptop.  Aku syorkan kedai ni sebab review positif dr seorang blogger ni(x ingat siap nama,  tp seorang student).
Aku google dmna tempat repair yg ok berdasarkan review blogger.  Ada beberapa tempat,  tp aku n husband pilih yg dekat KL ni.

Laptop pertama- rosak pd tahun 2012
Laptop kedua-rosak pada tahun 2014 (brand accer)

Dua2 aku perap dlm stor,  sbb takut di tipu klu g repair!
Dah try tanya kawan yang tau sikit2 pasal hal ni,  katanya motherboard rosak,  so better beli baru dari repair.  Akhirnya aku sumbat kat stor jer.  Sehinggalah keadaan mendesak sbb mmg perlukan lappy utk buat kerja.  So,  aku try google cari kat mana boleh repair.

Aku syorkan tempat ni sebab:
#Orang yg repair tu jujur n siap tunjuk apa yg sebenarnya terjadi kat dua2 laptop aku tu.  Dia dah operate abis,  n tunjukkan apa masalahnya.  Aku n husband mmg blur la.. sbb mmg buta pasal itu. Kalau org lain, mgkin x cerita secara detail pun hasil bedah siasat dia mcm org ni.

#rebiew positif dr blogger lain.

#kat Imbi Plaza tu ramai org asing dr org tempatan. Sokonglah org tempatan.

#kerjanya cepat.

#upah untuk repair 2 laptop RM430. Laptop pertama tukar skrin lcd,  laptop kedua tukar ram dan mmg x perlu tukar motherboard pun!

So nanti contact la org ni klu nak repair laptop. Good luck!




Tuesday, 10 June 2014

Sarawak.. Here I Come ^ ^v



Gambar Hiasan Jer..
The Original Laksa Sarawak Made By My Sarawakian Friend -Jojo.

Assalamualaikum& salam sejahtera,

Petang ni, insyaallah aku fly to Kuching, Sarawak selama 4 hari atas urusan kerja rasmi. Excited sebab dengan terjejaknya kaki aku di negeri Sarawak, maka dengan ini aku telah berjaya menjejak kaki  seluruh negeri di Malaysia. Dari utara ke selatan tanah air, alhamdulillah akhirnya akan ke Bumi Kenyalang. Walaupun tak akan dapat round habis satu negeri Sarawak nanti (Sebab kerja, bukan cuti), tapi pengalaman berada di tempat orang sudah pasti sesuatu pengalaman yg baru. Jumpa lagi di entri akan datang :)

Bye!

Wednesday, 4 June 2014

InCheon, Korea


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Petang semalam (Selasa), aku dikhabarkan berita gembira bahawa nama aku tersenarai untuk ke Icheon, Korea sempena Program Sukan Paralimpik Peringkat Negara Asia. Bos aku cakap, siapa yang tersenarai .. sila bagi salinan passport antarabangsa selewatnya pagi khamis minggu ni untuk disenarai pendek dan ditapis oleh pihak yang dipertanggungjawabkan oleh Jabatan. Pstt : Ke sana atas urusan kerja.

Cepat2 aku google apa yg perlu disediakan untuk pemohon passport buat pertama kali mcm aku ni. Baca punya baca, baru aku tahu.. aku takkan sempat hantar salinan pasport tu sebelum khamis ini kerana syarat pagi pemohon berasal dari Sabah/Sarawak yg memohon passport pertama kali di Semenanjung Malaysia akan dikenakan syarat macam ni... (rujuk gambar yg aku print screen dr website Jabatan Imigresen /tarikh dikemaskini 21.2.2014) 

Sumber : Website Jabatan Imigresen Malaysia

Pendek kata, aku tak akan dapat passport dalam tempoh sehari seperti yg diwar-warkan  kerana permohonan perlu dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah..dan tempoh kelulusan dalam 5 hari bekerja. Aku ada masa 2 hari jer sebelum tapisan akhir. Agak kecewa juga, sebab syarat tu seperti tidak sama rata sedangkan aku pun warganegara Malaysia. Ok.. Sabah tu pun salah satu negeri dalam Malaysia. 

Halangan2 sebeginilah menunjukkan tu bukan rezeki aku ke sana. Kalau makanan dah masuk mulut pun boleh jatuh.. sebab bukan rezeki kita! -kan?

:)

Bye!


Thursday, 22 May 2014

Petua Menghilangkan Bau Badan

Sumber : Google

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Kali ni, teringin nak kongsikan petua di sini. Puncanya semalam, aku termasuk di dalam lif dengan somebody yang ada masalah bau badan. Entah yang mana satu, aku tak sempat nak cam.. sebab ramai kat dalam lif tu. Lagipun, aku cuma nak cepat2 keluar dari situ..sebab x tahan dengan bau yang terkepung dalam lif tu.

Punca bau badan antara satunya (mengikut pengalaman aku) sebab banyak makan bawang atau makanan yang mengandungi banyak bawang atau makanan berempah. Apapun, bukan tujuan mengaibkan sesiapa, sekadar menceritakan pengalaman terhidu bau sebegini. Aku percaya ramai diantara korang yang tengah baca ni pun pernah ada pengalaman mcm ni. Kerana bau badan, boleh hilang kawan tau.. sebab kawan2 pun

Monday, 19 May 2014

Memori : Belon 10 Sen ;)

Ehsan: www.contengconteng.com

Bila tengok lukisan kartun ni, aku teringat masa zaman kanak2 ribena dulu. Bila pegi sekolah mama bagi 20 sen buat belanja sekolah (tahun 1988 aku baru darjah 2). Yang best tu sebab selalu juga beli belon 10 sen nih. Time cikgu tak ada kat kelas, kami sibuk tiup belon ni.. Hehe.. Seronoknya masa tu. Umur 8 tahun, apa sangat nak dipikir, ingat seronok jaa.. Tapi bila tengok lukisan kartun ni.. terbayang kembali memori masa belajar di sekolah rendah dulu. Semuanya warna-warni macam pelangi. Seronok! Tiba2 rasa rindu pada zaman kanak2 ;)














Saturday, 9 November 2013

My favourite Online Photo Editor



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Dari dahulu kala lagi..aku sangat suka mengambil gambar. Tapi diri sendiri sangatlah pemalu didepan kamera. Memang rasa kekok kadang2. Hmm jadi aku lebih suka mengambil gambar berbanding bergambar.

Bila dah ambik gambar, lepas tu nanti aku suka pula nak edit2 warna gambar tu. Dulu aku suka sangat guna picasa. Sekarang.. aku suka online photo editor macam www.pixlr.com .

Gambar sebelum diedit.

Hasil edit ala-ala black & white :) nampak menarik tak?


Tengok pula hasil gambar berwarna yg di-edit macam gambar kat bawah ni....


Gambar asal.

Aku edit bagi gambar jadi 'suram' sikit..

Yang memang pakar fotografi ni jangan kutuk2 ye. Aku just nak share je.. yang aku suka guna pixlr tu :) utk edit gambar. Sebab buat gambar kita jadi zaman ala-ala hitam putih P. Ramlee pun boleh. Hehe.

Sekian. Terima kasih.

Bye bye.