Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Friday, 18 July 2014

Pesawat MAS Terhempas Lagi



Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sedih dengan berita yg didengar awal pagi tadi. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) "terhempas" di ruang udara sempadan Ukraine-Russia! Perasaan takut naik flight kerana tragedi MH370 pun belum hilang, kini dikejutkan  pula dengan tragedi dahsyat melibatkan pesawat MAS MH17. 

Alfatihah dan takziah buat semua ahli keluarga penumpang dan anak kapal. Semoga tabah dengan dugaan ini. Pilu rasanya dalam tempoh 9 hari lagi nak sambut hari raya, tragedi pahit ini melanda negara kita. Tengok gambar2 tragedi yang tersebar di internet aku betul2 takut. 

7 hari lagi nak balik kampung. Rasa excited tu dah tukar jadi takut :(
Ya Allah yan Tuhanku, hanya padaMU tempat kami berlindung dari sebarang kecelakaan.

Amin.



Monday, 12 August 2013

Duit Raya?


Assalamualaikum..

5 Syawal.

Suasana hari raya masih hangat terasa. Tapi, kami sekeluarga sudah pun kembali ke tempat bertugas, Hulu Langat. En. suami dah start masuk opis. Aku pulak sambung cuti 2 hari. Rasa mood nak kerja masih OFF lagi. Hehe.

Dah masuk alam 'dewasa' ni, bagi aku hari raya setiap tahun, tidak semeriah hari raya di zaman kanak2 ribena dulu. Yalah kan, masa tu apa sangat yg budak2 tau kan? Makan kuih muih, biskut dan bakar bunga api pun dah cukup menggembirakan (bagi akulah).

Hmm, masa zaman kecil2 dulu, duit raya bukanlah satu kemestian pada aku. Dapat duit raya, alhamdulillah masuk tabung. Tak dapat duit raya, tak adalah aku nak meroyan nak minta juga sampai dapat. Mungkin itu adalah hasil didikan secara tidak langsung dari mak bapa aku yang tidak pernah mengajar kami apa itu 'duit raya'.. Eh, bukan pasal kedekut, tapi memang betul kami adik beradik tidak diajar cintakan material semata!

Sebenarnya aku nak ceritakan satu alkisah sewaktu beraya di kampung en.suami. Pada petang hari raya ketiga, rumah mak mertua dikunjungi ramai golongan kanak2 ribena yg pada perkiraan aku dalam lingkungan 5 tahun hingga ke 9 tahun. Mereka datang berkumpulan secara berasingan. 2 kumpulan pertama, budak2 ni bagi salam dan masuk rumah. Kami hidangkanlah hidangan biasa dihari raya. Lepas tu, en.suami, bg duit raya. Diorang salam en. suami je. Aku dan mak mertua langsung tidak disalam. Then,..

Setengah jam selepas itu, ada dua org budak umur 6 ke 7 tahun (anggaran aku) bagi salam dan directly cakap 'kami nak duit raya' -masa tu en.suami jawab salam dan ajak budak2 tu masuk, tapi budak2 tu tercongok di sliding door... (aku rasa terkedu sekejap). Sebab budaya pemberian 'duit raya' ini telah disalahertikan oleh budak2 ini. Tanpa masuk ke rumah, tidak bersalaman dengan tuan rumah, at least ada 3 orang dewasa di rumah tu, hanya en.suami sahaja yg diorang salam. Sebab en. suami bg duit raya.. Aku dan mak mertua aku, budak2 tu buat tak tau je. Diorang terus berlalu macam tu. Terus terpikir, diorang ni anak siapa? Mak bapa dia ajar macam mana? Ajar minta duit ka? Mak mertua aku pun mengomel bising lepas tu. Bezanya kanak2 dahulu dan sekarang!

Sumber : Pacik Google
Memang betul pun, masa zaman aku kanak2 dulu. Mak & bapa akan marah kalau aku panggil abang aku tu dengan menyebut namanya. Bapa akan tanya balik kat aku .."kau panggil apa??" -Serta merta aku akan buat 'pembetulan' time tu jugak! - Arghh, takut betul kalau bapa marah. (Pembetulannya dimulai dengan panggilan 'abang/kakak' dan diikuti nama abg/kakak) Huh. Memang terkesan kegarangan org tua aku. Sampai sekarang ni aku ingat macam mana nak hormat org yg lebih tua. Kalau pergi beraya di rumah orang, mesti salam kat org tua. Bukan salam hanya kerana dapat duit raya. Ni, kau dah dapat duit raya kau blah aja tanpa ucap terima kasih. Aku memang serta merta temperature mendidih2 dgn org mcm ni. Astagfirullahhalazimm.. 

Sesungguhnya, bagi pandangan aku, didikan sebegitu sebenarnya bermula dari rumah..dan cara kita diajar oleh kedua org tua/keluarga kita. Setuju?

P/s : Insyaallah, semoga kami dapat mendidik Harith sebaik mungkin. Amin.


Bye for now. Tata.

Friday, 2 August 2013

Lagu Raya Kena Banned?


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Lagi beberapa hari bulan Ramadhan ini meninggalkan kita. Syawal pula datang menjelma. Maknanya kali ini kami sekeluarga akan beraya di kampung halaman encik suami, Sg. Siput (U), Perak. Hmm, agak kesayuan pula, bila teringat Hari Raya Aidilfitri akan tiba. 

Aku terkenangkan suasana di kampung halamanku yg jauh di sana. Sebenarnya lebih teringatkan mak bapak dan adik beradik dikampung ;(. Lagu2 raya yang berkumandang lagi menambah kesedihan dihati. Terutama sekali lagu raya ni..

Hiasan semata .. ;)

Dari Jauh Kupohon Maaf   
(Nyanyian : Allayarham Sudirman Hj. Arshad)

[ Dari Jauh Kupohon Maaf lyrics found on http://lyrics.my ]

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
 

Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama


Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
 

Dari jauh kupohonkan ampun maaf 
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia


Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu


Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh


Siapa2 yang memang tak dapat balik beraya di kampung halaman sendiri, tentulah boleh bergenang airmata kalau dengar lagu ni. Hmm, jadi di pagi raya nanti aku kalau boleh memang tidak akan dengar lagu ini.      

Uhhuu sedih sedih. T T .. Lagu ni aku banned!!


Selamat Datang Syawal ..

Monday, 22 July 2013

Kuih Bahulu Tradisional Mamaku..


Assalamualaikum..

Week end yang membahagiakan ngehe ;) (sebabnya kelas ganti ditunda minggu depan!)  Jadi bolehlah aku berangan2 panjang dari hari2 biasa  hehe. Maksud aku mengenangkan nostalgia bulan puasa bersama keluarga yang jauh di sana. Zaman kanak2 di kampung, itulah yang aku rindui! Terbayang raut wajah mak yang tenang dan bapa yang sedikit garang.

Semasa kami adik-beradik masih kecil dulu, bila pertengahan bulan puasa, mak aku akan mula sibuk membuat kuih bahulu. Masa tu, cikgu2 di sekolah tempat bapa aku mengajar tu, rajin sangat nak menempah kuih bahulu dari mak aku. Walaupun peralatan membuat kuih bahulu pada masa tu tidak secanggih peralatan zaman sekarang, mak aku tetap tenang dan rajin menyiapkan tempahan. Bapa aku pula memang rajin membantu mak aku menyiapkan tempahan kuih bahulunya. Masa tu, aku dan adik2 masih kecil sangat dan tak tahu nak bantu apa2 pun. Tolong makan kuih bahulu, tu je yang kami tau.

Aku ingat lagi, pemukul telur (mixer) dan gula tu, adalah dawai tebal yang dibentukkan menjadi spring dan dilekatkan pada batang kayu selaku tangkai oleh bapa aku. Masih teringat lagi pemukul berbentuk spring yang besar tu. Mak aku cakap, dulu masa korang kecil2, inilah (pemukul yang berbentuk spring besar tu) yang kami gunakan untuk siapkan bertin2 kuih bahulu yang ditempah orang. Mixer 'buatan' tangan bapa aku tu lebih kurang macam ni bentuknya. Tapi besar sikit dari yang gambar ni.

 Sumber Ihsan Dari : dari blog INI

Dengan mixer buatan bapa aku nilah, mak bapak aku berjaya menyiapkan bertin2 tempahan.
Nak pukul gula dan telur biasanya hampir 2 jam. Lepas sahur, kerja memukul telur dan gula dimulakan. Untuk sukatan tepung gandum dan gula mama akan guna mangkuk je. Kami tak ada penimbang masa tu.. Tapi, walaupun tanpa sebarang peralatan lengkap, kuih bahulu mama adalah yang paling sedap!

Ni nak tunjukkan bentuk acuan kuih bahulu yang mak aku gunakan.. Ni aku google. Memang sebijik sama acuan ni.

Sumber : Pacik Google

Bila adunan tepung kuih bahulu ni dah sebati. Acara membakar kuih bahulu ni akan dimulakan. Biasanya bapa aku dah siapkan dapur kayu api dan membakar kayu arang untuk diletakkan dibahagian atas penutup acuan kuih bahulu. Sabut dan tempurung kelapa juga penting untuk bakar bahulu ni. Kalau dah masak, kuih bahulu tu punyalah harum semerbak.. Bila acuan yang telah digris tu cukup panas, mak akan masukkan tepung adunan ke dalam acuan. Lepas tu, tutup. Bahang api memanglah terasa, Dahlah berbahang,.. asap dari sabut kelapa tadi juga menguji keimanan.. tapi mak tetap sabar.

Sumber : Pacik Google

Sumber : Blog INI

Bagi aku, membuat kuih bahulu tradisional ni memang menguji tahap kesabaran berpuasa. Kering kontang tekak sebab kena bahang dapur kayu api. Belum bab asap lagi. Dugaan bau kuih yang dah masak tu lagilah menggugat iman. Bila dah darjah 5, aku dah start tolong mak buat kuih ni. Masa tu buat untuk makan sendiri. Tempahan dah kurang, mungkin sebab mak tak larat. Dulu aku tolong buat kuih ni paksarela tau, sebab tension kena asap dapur! Masa dah masuk sekolah menengah, aku dengan adik perempuan aku ganti2 masak kuih ni. Tahan sajalah kalau asap tu menyerang. Boleh jadi sewel sekejap sebab bebel depan dapur tu sebab kena asap. Air mata pula mula la  mengalir sebab sakit. Haha. Kenangan betul buat kuih ni. 

 Sumber : Blog INI

Sekarang ni, dua orang adik lelaki aku je yang suka menolong mak masak kuih ni. Masa diorang sekolah menengah, tiap2 tahunlah beraya dengan kuih ni. Sekarang ni, susah sikit sebab tiada yang tolong mak buat kuih ni. Adik2 lelaki ni semua dah bekerja. Dia pun sudah tidak larat. Cuma kalau diorang ni ada kesempatan balik bercuti awal. Mungkin sempatlah beraya dengan kuih bahulu tradisi ni. Aku cuma sanggup cicah kuih bahulu ni dengan nescafe o dipagi raya. Hmm, memang sedap dan boleh habiskan satu tin besar! Hehehe.

Zaman sekarang ni memanglah peralatan semuanya canggih, tapi bagi kami adik beradik.. kuih bahulu yang dimasak secara 'kuno' inilah yang paling lazat sekali. Terima kasih mak, kerana sanggup membahulu dari dulu hingga kini.. Muah.

Hingga berjumpa lagi di entri akan datang.
Bye!