Assalamualaikum wbt & salam sejahtera..
Nilai sekeping gambar bagi aku sangat mahal bila
bertahun-tahun disimpan... Antik! kenangan masa gambar tu diambil pun secara automatik
kita ingat kan? Semua kenangan lalu tak
mungkin kembali. Jadi bagi aku menyimpan gambar adalah salah satu cara untuk
kita mengabadikan kenangan.
Seronok rasanya bila berkesempatan melihat gambar2 sendiri masa
zaman hingusan. (Teringat dengan salah satu gambar aku tu, mak bapa aku cakap..
masa gambar tu diambil umur aku dalam 3 atau 4 tahun, hmm aku berdiri sambil memeluk patung
yang aku namakan sebagai ‘Nona’ hehe) See, mak aku masih ingat kenangan masa gambar
aku tu diambil! Bayangkan, sekarang Mak
aku berumur 63 tahun (1951) dan bapa aku 73 tahun (1941) Bila imbas album2 gambar dulu2, rasa macam nak kembali ke masa itu. Seronok jadi kanak2, seronok jadi budak sekolah :)
Minat bapa dan kakak menyimpan gambar secara tak langsung telah 'menjangkiti' aku masa aku di sekolah menengah. Cuma sejak berkerjaya, aku tak berkesempatan ke kedai cuci gambar. Kalau ada masa, aku pulak yang malas. Tahun lepas, aku cuba2 google kalau ada service cuci gambar online di Malaysia. Macam tak percaya, rupanya memang ada! Hmm ramai juga blogger dah cuba cuci gambar online nih dan kebanyakannya menggunakan khidmat di kedai EOE Online ni. Ada juga yang cuci gambar online kat Greeco nih.
Tahun lepas google, tahun ni baru sempat hantar gambar untuk cuci online. Hehe. Sibuklah sangat. Padahal malas nak pilih gambar. Dah dekat 2000 gambar dalam laptop. Kau mampu nak pilih? Hehehe.
Dapat bungkusan terus buka.. ;p |
Gambar siap cuci semua dimasukkan dalam plastik. |
Aku cuba cuci gambar dalam 100 keping kat EOE Online hari tu. Sebenarnya aku sambil2 nak tengok kualiti printing photo macam mana. Eoe online ni hanya guna glossy paper (berkilat), tak ada kertas matte (kertas ni tak berkilat, kesat dan x meninggalkan kesan cap jari bila dipegang). Gambar siap telah dihantar guna kurier Skynet dalam masa 3 hari jer. Hmm, gambar yang aku hantar cuci ada yang aku dah edit. Yang aku edit (dari segi warna) nampak cantik la warna gambarnya. Yang tak ber-edit, nampak suram je la. Jadi aku dapat simpulkan, kalau nak cuci kat EOE Online aku kena edit dululah next time. Saiz 3R dan 4R Rm0.30 sen sekeping. Murah bagi aku. Lebih RM35.00 dapat free postage. Gambar saiz besar pun diorang cuci. Untuk maklumat lanjut, sila lawat website EOE Online.
Harith sangat excited tengok gambar2 yang aku 'hampar' kan kat lantai! |
Close-up.. |
Insyaallah, lain kali aku nak cuba cuci gambar online dekat Greeco pulak. Yang ni kedai kat Penang, review blogger tak banyak, tapi Greeco mempunyai pilihan kertas gambar. Ada kertas glossy, ada matte dan lustre. Tapi kos cuci gambar nampak agak mahal di sini.
Oklah, hingga ke lain siaran.
Bye2!
hehe.. Betul tu :)
ReplyDeletedah lama tak cuci gambar.... bila la nak cuci ni, dah penuh dalam pendrive.. hihi
ReplyDeletecuci jgn simpan2.. nanti hilang ;)
ReplyDeleteWah...best ooo...edit n tunggu jak kn...aku mau la
ReplyDeletebuatla.. dan murah juga..;)
ReplyDeleteAsiah pun banyak gambar yg belum cuci...br 1st batch cuci thn lpas...huhu
ReplyDeleteHarus cuci lagi tahun ni ;)
DeleteKalau x pakai kad kredit n maybank2u kena telefon eoe semula ke ea? Saya dah anta borang bayaran melalui emel.
ReplyDeletemcm mne nk upload pic tu? cth dekt photo upload options tu akk amik yg mne ya?
ReplyDelete