Assalamualaikum & salam sejahtera,
Hujung minggu lepas, Harith tiba2 minta kek. Permintaan sama mcm beberapa minggu lalu. Teruja betul dia kalau nampak kek birthday walaupun nampak dalam kartun je. Mood mama sangat bagus masa tu, jadi layankan apa yang diminta walaupun aku tahu tak cukup bahan. Aku malas ke kedai cari bahan2 kek sebab hujan. Jadi, aku terpaksa guna apa bahan2 yang ada kat dapur je. Hehe.
Ok.. aku gunakan resepi kek minyak (bakar) paling simple dan paling senang dari blog INI .. Cuma aku guna oren sunquick buat perisa. Dan tak buat belang2 mcm resepi asal. Alhamdulillah walaupun nampak bahannya 'biasa-biasa'.. tapi rasa kek ni sedap. Ni adalah hasil kek minyak yang aku buat untuk Harith. Walaupun aising x ada.. Harith tetap nyanyi lagu birthday to you masa nak makan kek ni. Hehehe.
KEK SUNQUICK aka RESEPI KEK MINYAK Sumber dirujuk dari : yatimemories Bahan-bahan ( 8x8inci)
- 5 biji telur gred A
- 1/2 cawan gula halus / gula kastor
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
- 1 cawan susu pekat
- 1 sudu besar ovallate -----> Aku tak guna sebab tak ada
- 1 cawan minyak masak -----> Aku guna brand saji, tu je ada
- perasa dan pewarna kegemaran(aku letak Oren Sunquick)
- 1 sudu teh esen vanilla ----> Aku tak letak
- Panaskan oven suhu 170'C
- Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
- Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
- Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
- Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
- Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
- Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata.
Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti(aku buat satu warna)- Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2
- Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
Till we meet again.
Bye2
Cuba jgn x cuba ;)
ReplyDeleteololo...seronok dia makan kek hihi..
ReplyDelete;) hehe mmg happy dia
ReplyDeleteTerus aku siakan kek nmpk kek ni
ReplyDeletesila rajinkan diri buat arr.. ;p
ReplyDeletesalam perkenalan akak pun org sabah ekk..lya terus follow cne :)
ReplyDeleteIya.. asha lya ;)
DeleteApi atas bawah ke. ?
ReplyDeleteMohon izin cedok resepi,tq
ReplyDelete