Tuesday, 18 March 2014

Bangsa & Agama 2 Perkara Berbeza



Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sekarang ni di sini, hujan dah 2-3 hari hujan. Kalau tak hujan, cuaca agak mendung dan udaranya pun lembap. Baju2 yang dicuci sah2 tak kering. Bau pun, bau semacam. Syukur alhamdulillah kan, lepas jerebu selama berminggu2 (aku rasa dah sebulan lebih!) hujan turun 'membasuh' udara bumi yang sangat tercemar. 

Sebenarnya aku bukan nak lapor keadaan cuaca pun hehe. Kali ini, aku terpanggil untuk cerita pasal entri seorang adik mualaf yang comel bernama Sophea Ng, atau Ng Phooi Kheng. Aku  baca entri dia ni melalui link yang dikongsi dalam Facebook oleh seorang rakan. Entrinya berkaitan dengan nama yang beliau gunakan selepas memeluk Islam. Sila lawati blog adik comel ini untuk membaca entri tersebut.

Dari pengalaman aku, memang segelintir individu menganggap bahawa AGAMA dan BANGSA adalah sama. Dan menjadi kebiasaan menganggap jika convert to Islam nama perlu ditukar ke nama Melayu. Malah, seorang sahabat baik (non-muslim) masa di sekolah menengah pernah keliru dan mengatakan aku ber-AGAMA MELAYU (yang sebetulnya aku ber-AGAMA ISLAM). Mengikut pemahaman sahabat aku itu, bila beragama Islam bermakna orang tu automatik jadi bangsa Melayu. Oh silap, sahabatku ini sudah salah faham rupanya.

Aku terangkan satu persatu kepada sahabatku itu, AGAMA dan BANGSA adalah dua perkara berbeza dan tidak boleh mengatakan kita menukar BANGSA apabila kita beragama Islam. Aku berbangsa Dusun (bapa) dan mama (Jawa), beragama Islam, tetapi di sijil lahir BANGSA tetap ikut BANGSA bapa. Maknanya aku tetap berbangsa Dusun walaupun beragama Islam. (Sahabatku itu pulak beragama Kristian dan berbangsa Dusun). Aku ajukan soalan ringkas kepada sahabatku itu, "adakah kamu akan menukar BANGSA jika kamu menukar agama kamu dari Kristian kepada agama Buddha (contoh)? Atau dari agama yang kamu anuti sekarang ke anutan agama lain? 
- Sahabatku itu menjawab, oh sudah tentu tidak!

Begitu juga dengan situasi adik Sophea Ng ini, sepatutnya semua boleh berfikir logik kan? Walaupun sudah memeluk Islam tidak semestinya nama pun di Melayukan.. Nama boleh ditukar kepada nama lain jika pengertian nama tidak elok dan tak sesuai dengan Islam. Tu jer. Kita perlu ingat setiap bangsa mempunyai entiti tersendiri. Jadi, marilah kita sama2 memahamkan diri, bahawa BANGSA dan AGAMA itu 2 perkara berbeza.

Bye2

No comments:

Post a Comment

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)