Assalamualaikum & salam sejahtera.
Agak lama aku tinggalkan blog ini. Sibuk sangat akhir2 ini. Lagipun aku kurang sihat. Ya Allah, setelah aku dilanda sakit ini, barulah terkenang2 saat bahagia dan gumbira semasa sihat walafiat. Ya Allah, mungkin ini kifarah untuk dosa2 ku yang lalu.. Tak aku sangka sama sekali, diumur 'muda belia' begini, aku ditimpa sakit lutut. Ya, sakit lutut, bahasa saintifiknya 'osteoarthritis'.
Sejak 4 bulan yang lalu, rasa sakit itu menyebabkan aku mc dan tak boleh pergi kerja seperti biasa. Keadaan ni telah mengurangkan 'produktiviti' aku di tempat kerja. Tapi kerana sakit sangat, aku terpaksa mc jugak. Mula2 aku ingat badan aku 'masuk angin' atau salah urat. Tapi..
Tanggapan aku tu salah sama sekali, bila aku ke klinik swasta yang berhanpiran dengan kawasan tempat tinggal. Doktor tu siap cakap mcm ni masa sesi rawatan, 'muda2 macam ni, dah kena sakit lutut' sambil senyum.. Aku pulak terus je terbayangkan 'sakit gout' yang dialami oleh kebanyakan orang lelaki.
Cepat2 aku bertanya, Doktor, saya ni kena gout ke? Kena pantang makan ker? (Yalah, kalau betul2 kena gout, bilis, seafood, daging merah, kekacang mana boleh dimakan! Argghh..)
Doktor menggeleng, katanya walaupun sakit lutut, tapi ini bukan kategori 'gout'.
Sumber : Pacik Google |
Doktor terus menerangkan secara ringkas jenis2 sakit lutut. Dan sakit lutut yang aku hadapi ini mungkin disebabkan faktor peningkatan umur, beban berat badan, pekerjaan atau pun terlibat aktiviti lasak yang berpanjangan seperti bersukan. Umur? aku serta merta terbayangkan bapa aku yang sering mengadu sakit lutut bila kerap bergerak. Hmm, dari segi berat badan pula, aku ni tidaklah segemuk Shanni artis tu.
Setelah mendapat ubat tahan sakit dan pil sakit lutut (sebab ada gambar lutut) aku pulang dengan banyak persoalan di kepala. Kenapa dan mengapa? - Sebenarnya agak sedih, sebab sakit ini menyebabkan pergerakan kaki ku terbatas. Aku makan ubat tu dan sakit lutut reda dalam tempoh 5 hari. Lepas tu sakit lagi.
Minggu lepas, aku dikehendaki buat X-Ray lutut di Hospital Ampang. Keputusannya, tulang lutut kiri aku memang sudah tidak normal (agak tenggelam) dan perlu dirujuk ke doktor pakar. Masa dapat tahu keputusan ni, menitis air mata. Sedih dan insaf, nikmat itu sudah diambil Dia yang maha kuasa. Sekarang aku dah tak boleh melompat, tak boleh jalan laju2, masa solat pula bila nak rukuk dan sujud masa solat pun sakit. Siap ada bunyi 'kruppp' lagi.. (bunyi tulang lutut berlaga)..
Sekarang kasut dan sandal tapak 'flat' saja yang boleh aku pakai. Walaupun sebelum ini, aku bukanlah penggemar high heel, semua yang bertumit aku terpaksa tinggalkan. (Seumur hidup aku ni, cuma pernah pakai kasut tumit yang tingginya cuma 1.5 inci.. lebih dari itu, aku confirm gayat dan terpele'ot hehe ).
Bila nikmat hidup ini diambil semula oleh Nya, rasa kerdilnya diri ini. Betapa aku ini hanya menumpang kasih dari Nya yang esa.. Semoga aku lebih menghargai kesihatan yang ada ini dan menggunakan anggota badan yang dipinjamkan untuk ibadat dan perkara yang baik2. Ya Allah, ampunilah aku.
Sekian.
aku cadangkan ko jan luk buat apa2 opperation ka apa..kmu balik masa raya haji nanti ko try p tempat selalu kami berurut tu..sebab pakcik tu klu suda kena bedah dia ckp dia nda bulih kacau lagi...kadang2..selain pakar..kita kena juga dengar komen org kampung...bukan aku ckp yg pakar tu nda betul, tapi klu ada alternatif lain apa salahnya kan...ingat..jangan dulu kacau ...lutut ko tu..minta la ubat dulu..lagipun lama juga kamu balik nanti kan
ReplyDeleteoo ok... nanti aku try..
ReplyDelete