Friday, 16 August 2013

Jiran Tidak Bertanggungjawab


Assalamualaikum & salam sejahtera.

9 Syawal.

Mood agak terganggu sejak kebelakangan ini. Segalanya membuatkan hati aku sakit dan rasa nak muntah setiap hari. Kenapa? Mari dengar kisahku ini..

Aku sudah lama bersabar dengan karenah jiran pencinta kucing ini. (Sebelum tu, sebenarnya di kuarters ini tidak boleh memelihara haiwan seperti kucing). Ok, kalau kau degil dan memang cinta sangat kucing kau tu, sila bawa masuk rumah dan jangan bagi kucing2 kau berak dikawasan kejiranan. Itulah masalahnya, kucing2 jiran berak merata di depan rumah jiran2 terutamanya ditempat aku.

Kalau tegur, memang boleh. Tapi, menyebabkan jiran pencinta kucing ni tarik muka dengan aku nanti. Macam mana nak tegur?

Sebenarnya, si pencinta kucing ni hari2 aku nampak dia bagi makan kucing di tingkat bawah kuarters ini. Ok, mungkin bukan semua yg dibagi makan ni kucing2 dia. Kebanyakan kucing2 yang join makan tu adalah kucing 'pendatang' aka liar.

Duluuuu, masa bersembang dengan jiran2 lain, diorang cakap, selalunya anak si pencinta kucing akan membasuh najis yg tersadai di rumah2 jiran. Tapi penelitian aku hingga sekarang, tiada siapa pun yang bertanggungjawab menyelesaikan isu ini. Diorang buat tak tahu je. Bagus kan.

Mungkin ada yg tergelak atau marah bila aku post entri ini. Kau gelak je lah, kau nak marah pun aku tak peduli. Hati aku lagi sakit bila berjiran dengan org yang tidak bertanggungjawab macam ni. Tau bagi makan kucing liar, tapi buat2 tak tahu pulak bila kucing2 liar tu berak kat rumah jiran.

Pernah satu ketika, kami baru balik dari kampung. Dengan penat tak hilang lagi, bila sampai depan pintu rumah, kami dihidangkan 3 longgok tahi kucing.. Bercampur baur rasa dihati. Baunya saja sudah menusuk ke dalam hati aku. Marah dan geram. Rasa macam nak tempeleng je org yg bagi makan kat kucing liar tu. Tengok hasilnya, walaupun kau buat kebaikan kat kucing liar. Kau telah menyakiti hati jiran2 tetangga. Bukan aku seorang, jiran2 lain pun dah meluat dan menyampah.

Lepas letak barang di dalam rumah, aku terus isi air dalam baldi. Ambik surat khabar. Ambik plastik. Ambik berus. Ambik penyental vim. Yalah, siapa lagi nak buat? Kesian, en. suami penat drive. Jadi  dengan mulut yg masih mengomel perlahan, aku bersihkan sental habis2an. Lepas tu, bila keluar pergi kerja besok pagi, nahh.. ada lagi selonggok yg masih fresh di situ. Tempat yg aku sental dengan vim petang semalam. Rasanya macam  masa tu juga aku nak pungut najis tu, dan tepek kat org yg bagi makan kucing2 liar tu.

Sumber : Pacik Google

Insiden tahi kucing betompok2 di hadapan pintu rumah aku, bukan berakhir disitu. Rasanya sudah berbulan2 terjadi. Makcik cleaner pulak, membersih sampai tingkat satu. Kat tingkat lain ni macik cleaner tersangat malas nak naik membersih. Baik makcik berhenti je la makcik.

Memang tidak salah nak bg kucing2 liar makan. Agak2 beb, kalau dah berak merata di rumah jiran2. Kau bawak jelah kucing2 tu masuk dalam rumah. Hah, bagilah makan, kau cucilah kencing berak dia. Jangan nak menyusahkan dan menyakitkan hati jiran2. Sana sini longgokan tahi kucing. Uhh.. Kenapalah aku ada jiran macam ini.. T T

Amat anoying..


7 comments:

  1. hihi...nasib la aku kasi sedia pasir kucing spy nda ganggu hidung jiran..hihi...klu bukan sbb durg c dania suka kucing nda la aku mau jemput kucing d rumah...tp comel juga klu main sama anak2 kucing...dania n dd selalu main cikgu2 sama kucing2..sekali sekor mati nangis durg 3 hari...

    ReplyDelete
  2. kesian... jiran aku tu ..x tau mau ckp mcm mana. x paham2.

    ReplyDelete
  3. jiran kami pun yg laaaaagi ganjil...tuli tapi dia bulih dengar juga urg men gitar...bising sampai p repot sama pengurus...lepas tu kereta dia ada cop kaki kucing pun dia p repot sampai semua kucing mau d usir...padahal x siapa yg bawa kucing dtg..tp begitu kali kalau andalusia kan...

    ReplyDelete
  4. mgkin tiada yg mau dibuat kali..

    ReplyDelete
  5. mgkin tiada yg mau dibuat kali..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Sy berjaya buang hampir 25 ekor dari kawasan rumah dgn memasang jerat musang. Dah pernah tegur jiran dan panggil majlis perbandaran tapi tak jalan. Dia buat x tau je.. Kena ambil tindakan sendiri. Bole cari info di youtube juga. Selamat mencuba.

    ReplyDelete

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)