Friday 6 January 2017

Percutian Di Morib Part 1

2017 suda membuka tirai. Tapi cerita aku share ni,  sda pun berlalu hujung tahun lepas.  Mula2 seronok bawa anak pg bcuti,  sekali balik bercuti... anak masuk hospital 4 hari... ni la kisahnya..



Oleh kerana anak2ku suka sangat main air.. jadi kami planning bawa pergi bercuti di taman tema air di Gold Coast Morib. Aku google cari kupon yang murah, dapat dari seorang ejen jual kupon Gold Coast Morib ni di facebook (Ana Farhana) harganya RM150, tambah postage RM8 sbb x dpt self collect dan kupon ni boleh guna sampai penghujung Mei 2017. Aku godek2 cuti tahunan ada baki sehari. Jadi plannya check-in 18/12/2016 (Ahad). Masa ni memang peak season, sebab masih cuti sekolah. Jadi bila check in masa musim cuti sekolah ni, akan ada additional fee sebanyak RM50. Musim x padat, x additional fee. Kupon ni utk 2 hari 1 malam, breakfast utk 2 org, pass masuk theme park utk 4 org. Untuk sarapan kanak2, ketinggian 90cm ke atas perlu bayar RM21.



Di pendekkan cerita, kami sampai tu sda jam 2 ptg, di kaunter tu ada tulis, masa check in adalah 3 pm. Tapi disebabkan mmg barisan utk check in pun mmg la panjang.. staff di kaunter tu start awal bg customer masuk. Kami dapat bilik yg x menghadap theme park. Kalau nak bilik menghadap theme park.. kena tunggu sampai jam 3ptg.. So kami ambik jak bilik tu.. sbb malas tggu lama2. Penggunjung semakin ramai! Siap2 angkat brg naik atas, lps tu bersiap utk pg kolam.



Di sini, peraturan masuk ke kawasan kolam ni x rigid sangat. Rata2 pengunjung wanita dewasa yg muslim, ada yg pakai tshirt+legging, tshirt + tracksuit, ada juga yg pakai baju renang muslimah tu. Yang wanita non muslim pula, tiada lah yg aku nampak berbikini 😂.. Macam Harith & Hannah aku mmg belikan swimming suit. Sebab takut2 dress code nya ketat macam di Tambun Lost World di Ipoh. X pakai swimming suit, kawasan mandi jadi terhadlah di kolam cetek tu jak. Mamanya mmg x akan masuk kolam, nanti siapa pula tukang ambik gambar kan. Hehe..

Ok anak2 mmg gumbira dapat main air. Suda sejam lebih.. Hannah pula meragam.. jadi aku bawa dia naik bilik..so Harith n papanya boleh mandi sampai lebam.. 😂



Sda mandikan Hannah, bg susu.. tgk2 dia x tidur pun. Sampailah abg n papanya naik jam 5.30 ptg tu.. dia masih x tidur. Dalam jam 6ptg kami jalan2 di tepi pantai dekat resort tu. Pantainya biasa2 jak. Air pantai pula mmg x sesuai utk mandi manda. Air surut lagi masa tu. Jadi Harith bolelah korek2 pasir. Hannah x mau main pasir.. mmg x pernah bawa pg pasir.. jadi Hannah nampak macam x suka. Jadi aku bawa jalan2 atas pasir jak la.



Balik dari pantai, kami naik bilik untuk mandi. Hannah lepas mandi, aku perasan dia garu2 peha dia. Aku ingat dia digigit nyamuk. Jadi aku sapu minyak angin jak.. sbb mopiko x terbawa.



Lepas maghrib, kami pgi cari makan malam diluar. Di dalam tu mahal juga la bagi aku.. jadi jmpa kdai makan mamak.. lepas tu kami rushing pegi di tempat persembahan sarkas yg akan start jam 9 mlm.



Persembahan tamat jam 11 mlm.. lps tu kami balik bilik rehat.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)