Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,
Petang semalam (Selasa), aku dikhabarkan berita gembira bahawa nama aku tersenarai untuk ke Icheon, Korea sempena Program Sukan Paralimpik Peringkat Negara Asia. Bos aku cakap, siapa yang tersenarai .. sila bagi salinan passport antarabangsa selewatnya pagi khamis minggu ni untuk disenarai pendek dan ditapis oleh pihak yang dipertanggungjawabkan oleh Jabatan. Pstt : Ke sana atas urusan kerja.
Cepat2 aku google apa yg perlu disediakan untuk pemohon passport buat pertama kali mcm aku ni. Baca punya baca, baru aku tahu.. aku takkan sempat hantar salinan pasport tu sebelum khamis ini kerana syarat pagi pemohon berasal dari Sabah/Sarawak yg memohon passport pertama kali di Semenanjung Malaysia akan dikenakan syarat macam ni... (rujuk gambar yg aku print screen dr website Jabatan Imigresen /tarikh dikemaskini 21.2.2014)
Sumber : Website Jabatan Imigresen Malaysia |
Pendek kata, aku tak akan dapat passport dalam tempoh sehari seperti yg diwar-warkan kerana permohonan perlu dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah..dan tempoh kelulusan dalam 5 hari bekerja. Aku ada masa 2 hari jer sebelum tapisan akhir. Agak kecewa juga, sebab syarat tu seperti tidak sama rata sedangkan aku pun warganegara Malaysia. Ok.. Sabah tu pun salah satu negeri dalam Malaysia.
Halangan2 sebeginilah menunjukkan tu bukan rezeki aku ke sana. Kalau makanan dah masuk mulut pun boleh jatuh.. sebab bukan rezeki kita! -kan?
:)
Bye!
setuju. tak apa nanti ada rezeki yg lebih baik
ReplyDeletesinggah blogwalking and follow from http://whiteroses2013.blogspot.com/
ReplyDeletemungkin ada hikmah tak dapat pegi...salam kenal dari mawar putih..=)