Friday, 8 November 2013

Pengasuh atau Pendera?


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kalut 2-3 hari ni. My little Harith tak nak g taska. Kelmarin aku hantar Harith macam sebelum2nya. Pengasuh tu ambik Harith dan letak depan tv. Aku dan en hubby terus berlalu nak g kerja. Tiba2 suami toleh ke arah pintu taska dan nampak Harith tengah mengesat air matanya. Aku pun menoleh sama. Aku tak sampai hati, aku patah balik tengok Harith kat taska. 

Aku masuk ke taska dan mendekatinya.  Betul, dia menangis. (Masa hantar tadi tak menangis pun, dia tengah makan nugget yg aku bekalkan kat dia tadi) Aku terus tanya Harith kenapa menangis? Harith diam sambil air mata terus mengalir. Dan beberapa ketika suara tangisan semakin kuat.. aku terus peluk dan pujuk dia. Dia nak ikut aku keluar. Kuat cengkaman jemarinya dibahu aku. Aku pujuk pun dia tetap tak lepaskan tangannya dari badan aku. Sebelum tu pengasuh ada cakap, Harith tiba2 menangis walaupun tanpa sebarang sebab. Masa tengah tengok kartun pun dia tiba2 mengalir airmata.

Aku terpaksa bawa Harith keluar. Nak cuba pujuk lagi. Mujurlah opis dekat dengan taska ni. Jadi cuba belikan dia kuih yang dia suka makan. Sebenarnya aku sudah masak bekal untuk dia. Tapi, kerana nak memujuk.. aku cubalah bagi benda yang dia suka.

Aku cuba bawa pergi taska balik. Gagal. Aku tak berjaya membuat Harith nak masuk ke taska. Dia menangis dan langsung tak nak masuk pintu taska tu. Macam2 ayat dah cuba.. Harith tetap dengan pendiriannya engkar masuk taska. Jadi aku terpaksa bawa dia masuk opis. Cerianya Harith masuk opis. Macam dapat gula2.

My little Harith ( 2 thn 6 bulan)


Aku terpaksa cuti kecemasan la hari tu. Bila dah sampai rumah, petang tu selepas mandikan dia, aku cuba tanya elok2 sambil memakaikan dia pampers dan baju.

Aku :  Harith.. kenapa Harith tak nak gi sekolah (taska)?
Harith :  Tak nak ya(lah).. "kakak (pengasuh) mala (marah)"..

Aku : Kenapa kakak marah Harith?
Harith : Kakak uat (buat).

Aku : Buat apa? Cubit? Tanyaku tak sabar.
Harith :  Mengangguk.

Aku : Kakak cubit kat mana?
Harith : Cubit perut... (sambil gosok perut dia)

Aku : Lagi kakat buat kat mana?
Harith : Kat akang (belakang)...

Aku : Lagi kakak buat dimana?
Harith : Kaki.. (sambil tunjuk kaki dia)

Aku :  Bijaknya Harith.. lagi kakak buat apa kat Harith?
Harith : Kakak mala (marah)... sambil dia ajuk tangisannya sendiri.

Dalam diam aku memang marah dan tak sangka sangat Harith boleh mengatakan itu semua. Bijaknya anak sekecil ini. Dia tidak akan bohong.

Esok harinya, nak cuba hantar lagi ke taska. Serius.. Harith tak nak masuk. Malah, dia tolak aku ke depannya, dan dia menyorok di belakang aku. Hilang akal dah nak pujuk. Dia tetap tidak berganjak. Jadinya hari ni, aku bawa ke opis lagi. Mujurlah hari Jumaat waktu rehatnya panjang. Kesian Harith.

Rupanya, anak kawan aku pun tak nak g taska. Dia lagi lama. Dari 2 minggu lepas tak nak g taska. Tapi anak dia belum lancar bercakap.

Dah buat aduan kepada pemilik taska supaya memantau taska berkenaan. Kalau ada yang memantau.. tak adalah pengasuh yang terpekik terlolong dan mengerjakan anak orang sesuka hati. Laporan aku tidak dipercayai. Malah, pemilik taska tu ingat aku sengaja nak sabotaj dia.

Cek punya cek.. sekali cek nama taska ni tak berdaftar dengan JKM. Aku cek kat website JKM yang dikemaskini sehingga April 2013. Tengok SINI. Tak puashati jg. Aku cuba telefon pejabat JKM. Memang sah, taska tu tak berdaftar bawah JKM dan beroperasi secara haram selama ini.

Ok. Aku dah penat memikir. Jadi aku berpakat dengan kakak yang tiba2 tak hantar anak kat taska. Aku tanya kenapa dan masalah anak aku tak nak g taska tu dah. Bagusnya, kakak satu tempat kerja ni mencadangkan supaya kami berpakat buat aduan kepada pihak pengurusan atasan. Jadi kami mak bapak yang memang hantar anak ke taska tu dah pakat2 buat aduan bertulis beserta surat kepada pengarah untuk perhatian dan tindakan sewajarnya. Kalau tak dilayan, kami terpaksa ajukan ke pihak JKM.

So aku akan tunggu apa resultnya nanti. Mudah2an tindakan sewajarnya ke atas taksa tu. Biar tahu tinggi rendah langit tu macam mana. Dan nak ajar juga pemilik2 taska dan pengasuh2. Tak suka dengan kanak2 kau boleh blah la pengasuh durjana. Kau minta kerja jadi pengasuh, tapi bila dah dapat kerja tu.. kau bukan jadi pengasuh..tapi jadi 'pendera berbayar'  sembunyi2. Tunggulah pembalasannya.

Sekian.

Bye.


3 comments:

  1. mmg betul ckp budak kecil selalu...klu yg baru terdedah dgn mcm tu bila kena..mmg dia ckp...tp bila terdedah sma persekitaran yg kanak2 lain juga jajal ..budak bleh berubah.. tu yg jadi sama danish.. masa di sakinah dulu dia dengar ckp sbb kanak2 d sana mudah mendengar kata..sbb tenaga pengajar yg bijak ambik hati kanak2..tp bila d pindahkan ke poring..mendadak jatuh kepintaran danish...kesian..sbb kanak2 d poring mmg bebas dan xc mendengar kata..tambahn lagi guru yg tdk pandai ambik hati kanak2...

    ReplyDelete
  2. kesian Harith.. kawan2 dia (yg belum pandai ckp) pun memang x mau g taska. Sampai depan pintu taska terus menangis x mau di ambik ole pengasuh. Yg ni pengasuhnya semua bujang2.. asyikkkk main hphone jak.

    ReplyDelete
  3. ohow..kalau bujang sudah tentu la betul ckp budak2...klu kamu mau berpakat...pasanglah cctv..yg kamu bleh pantau dr tempat kerja..ada tu murah juga...tp pasang jan bgtau...pasanglah tmpt tersembunyi...

    ReplyDelete

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)