Monday, 22 July 2013

Kuih Bahulu Tradisional Mamaku..


Assalamualaikum..

Week end yang membahagiakan ngehe ;) (sebabnya kelas ganti ditunda minggu depan!)  Jadi bolehlah aku berangan2 panjang dari hari2 biasa  hehe. Maksud aku mengenangkan nostalgia bulan puasa bersama keluarga yang jauh di sana. Zaman kanak2 di kampung, itulah yang aku rindui! Terbayang raut wajah mak yang tenang dan bapa yang sedikit garang.

Semasa kami adik-beradik masih kecil dulu, bila pertengahan bulan puasa, mak aku akan mula sibuk membuat kuih bahulu. Masa tu, cikgu2 di sekolah tempat bapa aku mengajar tu, rajin sangat nak menempah kuih bahulu dari mak aku. Walaupun peralatan membuat kuih bahulu pada masa tu tidak secanggih peralatan zaman sekarang, mak aku tetap tenang dan rajin menyiapkan tempahan. Bapa aku pula memang rajin membantu mak aku menyiapkan tempahan kuih bahulunya. Masa tu, aku dan adik2 masih kecil sangat dan tak tahu nak bantu apa2 pun. Tolong makan kuih bahulu, tu je yang kami tau.

Aku ingat lagi, pemukul telur (mixer) dan gula tu, adalah dawai tebal yang dibentukkan menjadi spring dan dilekatkan pada batang kayu selaku tangkai oleh bapa aku. Masih teringat lagi pemukul berbentuk spring yang besar tu. Mak aku cakap, dulu masa korang kecil2, inilah (pemukul yang berbentuk spring besar tu) yang kami gunakan untuk siapkan bertin2 kuih bahulu yang ditempah orang. Mixer 'buatan' tangan bapa aku tu lebih kurang macam ni bentuknya. Tapi besar sikit dari yang gambar ni.

 Sumber Ihsan Dari : dari blog INI

Dengan mixer buatan bapa aku nilah, mak bapak aku berjaya menyiapkan bertin2 tempahan.
Nak pukul gula dan telur biasanya hampir 2 jam. Lepas sahur, kerja memukul telur dan gula dimulakan. Untuk sukatan tepung gandum dan gula mama akan guna mangkuk je. Kami tak ada penimbang masa tu.. Tapi, walaupun tanpa sebarang peralatan lengkap, kuih bahulu mama adalah yang paling sedap!

Ni nak tunjukkan bentuk acuan kuih bahulu yang mak aku gunakan.. Ni aku google. Memang sebijik sama acuan ni.

Sumber : Pacik Google

Bila adunan tepung kuih bahulu ni dah sebati. Acara membakar kuih bahulu ni akan dimulakan. Biasanya bapa aku dah siapkan dapur kayu api dan membakar kayu arang untuk diletakkan dibahagian atas penutup acuan kuih bahulu. Sabut dan tempurung kelapa juga penting untuk bakar bahulu ni. Kalau dah masak, kuih bahulu tu punyalah harum semerbak.. Bila acuan yang telah digris tu cukup panas, mak akan masukkan tepung adunan ke dalam acuan. Lepas tu, tutup. Bahang api memanglah terasa, Dahlah berbahang,.. asap dari sabut kelapa tadi juga menguji keimanan.. tapi mak tetap sabar.

Sumber : Pacik Google

Sumber : Blog INI

Bagi aku, membuat kuih bahulu tradisional ni memang menguji tahap kesabaran berpuasa. Kering kontang tekak sebab kena bahang dapur kayu api. Belum bab asap lagi. Dugaan bau kuih yang dah masak tu lagilah menggugat iman. Bila dah darjah 5, aku dah start tolong mak buat kuih ni. Masa tu buat untuk makan sendiri. Tempahan dah kurang, mungkin sebab mak tak larat. Dulu aku tolong buat kuih ni paksarela tau, sebab tension kena asap dapur! Masa dah masuk sekolah menengah, aku dengan adik perempuan aku ganti2 masak kuih ni. Tahan sajalah kalau asap tu menyerang. Boleh jadi sewel sekejap sebab bebel depan dapur tu sebab kena asap. Air mata pula mula la  mengalir sebab sakit. Haha. Kenangan betul buat kuih ni. 

 Sumber : Blog INI

Sekarang ni, dua orang adik lelaki aku je yang suka menolong mak masak kuih ni. Masa diorang sekolah menengah, tiap2 tahunlah beraya dengan kuih ni. Sekarang ni, susah sikit sebab tiada yang tolong mak buat kuih ni. Adik2 lelaki ni semua dah bekerja. Dia pun sudah tidak larat. Cuma kalau diorang ni ada kesempatan balik bercuti awal. Mungkin sempatlah beraya dengan kuih bahulu tradisi ni. Aku cuma sanggup cicah kuih bahulu ni dengan nescafe o dipagi raya. Hmm, memang sedap dan boleh habiskan satu tin besar! Hehehe.

Zaman sekarang ni memanglah peralatan semuanya canggih, tapi bagi kami adik beradik.. kuih bahulu yang dimasak secara 'kuno' inilah yang paling lazat sekali. Terima kasih mak, kerana sanggup membahulu dari dulu hingga kini.. Muah.

Hingga berjumpa lagi di entri akan datang.
Bye!



5 comments:

  1. sekarang ni payah nak cari kuih bahulu yg dimasak guna dapur kayu.saya tak pernah merasa pun

    ReplyDelete
  2. Putri, sekarang ni mmg susah nk jumpa. Setengah org guna dapur arang. Tapi yg tradisonal ini memang wangi dan sedap dr bahulu yg dimasak dalam oven elektrik ;)

    ReplyDelete
  3. Masa opah saya sihat dulu...memang dia akan buat semua ni. Sekarang..dia dah tak sihat...kami pun tak reti nak buat..

    ReplyDelete
  4. Ye ke Fuza?
    Sebenarnya, kuih tradisi ni memang ramai org kurang mahir membuatnya. Hmm, bahulu zaman sekarang, sudah tentu masuk oven je. Mana ada asap2, bahang api bagi tu..:)

    ReplyDelete
  5. mak saya dah resign sebab suma orang x mo tolong..hahah saya sanggup masa saya sekolah je..pastu dah sambung belajo mmg cabut la..x sanggup babe..sedap yang makan..orang yang ngadap api ni berbakol menyumpah..muahahahha

    ReplyDelete

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)