Sunday, 8 June 2014

Teringin Nak Belajar Bahasa Isyarat

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Baru kali ini rasa betul2 nak kongsikan pengalaman berurusan dengan orang yg pekak dan bisu. Bidang tugas aku ada melibatkan persatuan2 golongan kurang upaya.. Terutama yg melibatkan sukan. Baru tahun ni berurusan dgn golongan ini. Bila berhadapan dengan mereka ini, betapa bersyukurnya aku dengan nikmat yg Allah pinjamkan.

Setakat ni, aku telah berurusan dgn golongan pekak dan bisu ini sebanyak 2 kali ; di pejabat. Tapi, oleh kerana aku tidak mempunyai asas Bahasa Isyarat, so semua komunikasi menggunakan tulisan di atas kertas! Sebelum wakil persatuan org pekak itu beredar, dia sempat memberi isyarat 'terima kasih' - pada masa tu aku cuma mengagak itulah yg cuba disampaikan. Dan aku tak tahu apa isyarat yg digunakan utk mengucapkan 'sama-sama', jadi aku setakat mengangguk dan senyum. Alangkah bagusnya kalau aku sendiri tahu menggunakan Bahasa Isyarat ni,.. -inisiatif sementara mencari peluang utk masuk kelas Bahasa Isyarat ni.. Aku cuba google.. Mmg ada, tapi kalau nak menuntut ilmu, biarlah berguru kan.. ;)

Ok, gambar kat bawah ni menunjukkan isyarat 'Terima Kasih' dan 'Sama-sama' yang aku jumpa di internet. Lepas ni, bolehlah aku praktikkan.. Hehe.



posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Wahh macam menarik ja kan bhsa isyarat ni. Lepas ni senang nak berkomunikasi dengan orang kurang upaya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu iezwa..mmg akak rasa menarik juga klu tahu guna n faham bhsa isyarat ;)

      Delete

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)