Monday, 30 June 2014

Pencarian Mesin Jahit Antik

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Agak lama juga tidak mengupdate entri. Kesian diri sendiri sebab rasa malas tu lebih dominan sekarang. Entri pasal pegi Sarawak haritu pun masih dalam draft. Layankanlah malasku ini.

Kali ni aku nak cerita pasal pencarian mesin jahit antik yg dah tak dipedulikan kebanyakan org skg ni. Sebabnya, mesin jahit portable sangat banyak di pasaran, kebanyakannya portable sewing machine ni lagi mudah diguna dan disimpan . Mesin jahit antik ni memang  ada kat rumah mak d kampung.. Nun jauh kat Sabah. Memang jarang sgt digunakan..tapi mesin tu tak berkarat pun. Mak cakap, bapak belikan mesin jahit tu masa dah anak dua.. Aku congak2 mgkin bapak beli sekitar tahun 1970-an... Berpuluh tahun walaupun mak dah bercucu ramai ni pun.. Mesin tu x berkarat2. Cuma nak kena service la..sbb bertahun2 x d service. Aku tau guna mesin jahit, dengan mesin mak itulah.. Walaupun aku bukan tukang jahit.. Aku taklah takut2 nak guna mesin jahit! Hehe.. Sebab tu aku besar hati mcari mesin antik nih.. Sebelum insiden ditipu oleh kedai jahit kat Cheras Perdana -beli mesin portable tapi mesin tak boleh jalan. Hantar repair..hantar repair.. Mcm tu juga. Hampa. Kecewa sangat2. Kena pula mostly pekerja kat kedai tu berbangsa melayu n beragama islam. Jual barang rosak kat pelanggan yg tak terhidu langsung dengan muslihat mereka menjual murah2. Rupanya betullah kata pepatah org putih.." cheap sale is a cheat sale" ( jualan murah adalah jualan tipu) Bukan rezeki akulah kan.. RM500 hangus macam tu jer. Rasa nak hempas jer mesin portable tu masa tau, mesin tu memang betul2 tak boleh digunakan. Bengang gila. Tapi dalam hati takut menyesal.. Jadi aku biarkan mesin tu buruk dalam stor.. Masuk tahun ni mesin tu dah 4 tahun duduk bertapa dalam stor!

Rezeki hanya Dia yang tahu, akhirnya masa cari2 mesin antik ni.kat group menjahit didalam facebook.. ada yg tawarkan harga menarik utk mesin antik ni.. Aku pikir dua hari dua malam nak beli atau tak. Mesin jahit antik yang manual kayuh ngan kaki tu dah siap pasang motor. Jadi.. Akhirnya aku setuju. Dari Ampang.. Mesin antik sampai ke Hulu Langat... Hehe, aku dah test jahit.. Laju2 jer..sbb ada motor. Hehe. Boleh la aku repair seluar jeans nanti. Mesin ni tahan lasak.. ;)




Till then, bye2 :)
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Assalamualaikum & Salam Perkenalan...
    Jom imarahkan Ramadhan dan join GA saya ni :
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    ReplyDelete

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)