Thursday, 22 May 2014

Petua Menghilangkan Bau Badan

Sumber : Google

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Kali ni, teringin nak kongsikan petua di sini. Puncanya semalam, aku termasuk di dalam lif dengan somebody yang ada masalah bau badan. Entah yang mana satu, aku tak sempat nak cam.. sebab ramai kat dalam lif tu. Lagipun, aku cuma nak cepat2 keluar dari situ..sebab x tahan dengan bau yang terkepung dalam lif tu.

Punca bau badan antara satunya (mengikut pengalaman aku) sebab banyak makan bawang atau makanan yang mengandungi banyak bawang atau makanan berempah. Apapun, bukan tujuan mengaibkan sesiapa, sekadar menceritakan pengalaman terhidu bau sebegini. Aku percaya ramai diantara korang yang tengah baca ni pun pernah ada pengalaman mcm ni. Kerana bau badan, boleh hilang kawan tau.. sebab kawan2 pun
tak larat nak dekat2 dgn kita. Read more »

Okey2.. aku nak teruskan ke sesi perkongsian petua tadi. Korang yang suka makan bawang ke makanan berempah boleh cuba petua ni, caranya minum air limau kasturi atau air lemon. Mujarab beb sebab ni berdasarkan pengalaman aku masa sekolah dulu.. Kalau rasa tak selesa je terhidu bau badan sendiri, rajin2 lah minum air limau ataupun lemon ni.. tak kisah suam atau sejuk. Korang akan terasa perbezaannya. 

Selain dari tu, petua dari mak aku.. kalau bau badan..khususnya ketiak.. boleh cuci dengan kapur makan semasa mandi. Sapu sikit je. Siap sapu cepat2 bilas masa mandi. Kapur makan ni warna putih, yang selalu orang makan dengan sireh tu.

So, korang yang ada masalah ni boleh cuba petua ni. Tak rugi kan? :)


Ok, bye2.

1 comment:

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)