Tuesday 27 May 2014

Kedai Mamak Bersih ker?



Assalamualaikum wbt & salam sejahtera..

Akhirnya, dapat juga aku taip sesuatu di blog hari ini. Cuma nak ceritakan satu kisah benar yg terjadi kat aku semalam. Ini berkaitan dengan satu restoran mamak di Hulu Langat.. Aku taklah berniat nak memburukkan mana2 pihak, tapi sebagai pengguna.. kita berhak untuk mendapat perkhidmatan dan makanan yang bersih,
suci dan murni. Yalahkan, semuanya makanan yang dimakan akan masuk ke perut.   Read more »

Sebelum ni, aku memang ada pengalaman yang buruk semasa ke restoran mamak ni. Kawan baik aku kat opis lama dulu si Syu ni suka sangat mengeteh kat kedai mamak. Kat Hulu Langat ni, tiba2 pula restoran mamak semakin banyak dibuka. Nak dipendekkan cerita, Syu ajak ngeteh di restoran mamak yang baru je buka seminggu kalau tak silap aku. Memang orang dah ramai pg situ. Kami duduk dan seorang pelayan datang ambik order. Sambil order, aku terpandang kuku si pelayan agak panjang dan hitam kat celah kuku tu. Bukan satu jari.. semuaaaaa jari kuku panjang dan kotor. Aku tendang perlahan kaki Syu .. bila Syu tengok, aku terus buat isyarat supaya dia tengok apa yang aku nak tunjuk. Aku tgk Syu.. Syu tngok aku. So.. aku dan Syu oder minuman panas je. Sambil menahan perasaan nak termuntah. Pelayan panjang kuku.. tukang tebar roti canai, panjang mana pulak kukunya? Nak minum air panas pun aku rasa loya tau.

Sejak insiden itu tahun lalu, aku dan Syu memang banned la kedai mamak tu. tapi entah macam mana, aku setuju ke kedai mamak tu semalam dan lupa kisah banned aku dengan Syu tahun lepas. Arghhhh, semuanya kerana ragam si Harith.. dah tunjuk2 ayam goreng dikedai mamak tu.. dia siap menangis meraung2 membuatkan semua orang tengok.. jadi en. suami ajakla pg kedai mamak tu. Masa tu, aku pun macam lembu kena tarik jer sebab aku mengantuk. Masuk dan duduk. Bila datang si pelayan, owhhhhh.. kukunya panjang dan kotor... dah setahun berlalu tapi pekerja kedai mamak tetap pengotor. Kali ini, aku cakap depan2 pelayan tu.. (tapi mana dia paham, si pelayan sibuk tulis order). Hmm, lepas aku cakap pasal kuku tu.. barulah suami perasan..dan tengok kkuku si pelayan tu.. Suami cakap nak minum panas je dan tak jadi makan.. sebab nampak kuku cagu.... uweekkkk. Sebelum balik.. suami tegurla pelayan kuku panjang tu.. Tapi macam blurr je. Agak2 bila lah, pihak yang berkenaan pantau kedai2 mamak kat Hulu Langat ni.

1 comment:

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)