Saturday, 19 April 2014

Pengalaman Di "Sindaat" (disihir)

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sudah lama aku memikirkan sama ada perlu atau tidak aku kongsikan kisah ini. Niatnya untuk renungan, bukan utk mengaibkan. Selama ni memang aku biasa mendengar kisah2 org terkena 'buatan orang' (disihir/santau). Di kampung kelahiranku, "disihir/santau" ini lebih dikenali sebagai "sinda'at" dikalangan masyarakat berbangsa Dusun di Sabah. Sungguh aku tidak menyangka aku menjadi mangsa buatan org..

Awal tahun 2013 yang lalu, aku tiba2 mengalami sakit lutut. Mula2 rasa sakit di sebelah lutut kanan je, lepas tu selang berapa bulan, kedua2 lutut aku sakit hinggakan berdiri selama beberapa minit pun aku tak tahan. Aku tak berlengah ke klinik. Dah makan ubat , hilang sakit sehari dua, tapi sakit lutut menyerang lagi. Masa tu, doktor cuma maklumkan aku ni sakit sendi. Tapi agak pelik, sebab yang sakit lutut teruk macam ni kebiasaannya dialami oleh golongan warga emas kata doktor. Dan ini juga bukan gout.

Dah buat x-ray, doktor pun tak tahu apa masalahnya sampai lutut aku sakit. Nak kata cedera, aku bukanlah atlit sukan. So, aku kena refer doktor pakar di Hospital Ampang. Mujur lutut aku belum sampai proses nak dibedah. Cuma mkn ubat.

Hampir 7 bulan sakit lutut, kesakitan yang aku alami tu kerap membuat aku cepat baran. Malah aku sampai rasa dah putus asa sangat untuk mengubati sakit tu. Aku membebel2 kesakitan. Merungut sambil menahan sakit. Makan pain killer, makan vitamin, makan ubat khas sakit sendi, tapi sakitnya semakin teruk. Dalam hati aku berbisik, takkanlah tulang aku dah nak reput, berat sangatkah badan aku sampai lutut aku sakit begini? Aku hilang selera makan, jadi semakin murung. Kawan2 semua cakap, aku nampak tak sihat. Nampak muram. Sedangkan sakit tu pulak semakin mjadi2, bayangkan kalau nak berdiri pun aku kena berpaut , kalau tak en hubby kena tolong aku berdiri! Naik turun tangga pun sangat seksa bagi aku. Betul2 aku rasa seakan 'lumpuh' masa tu. Betapa nikmatnya hidup ini ketika sihat walafiat.

Sempat aku tulis entri pasal aku sakit lutut ni tahun lepas. Ingatkan sakit biasa, rupanya 'luarbiasa'. Mmg aku tak pernah suspek sakit lutut ini disebabkan buatan orang, sehinggalah aku balik kampungku di Ranau pada bulan oktober 2013. Hari kedua berada di sana, lutut kanan bengkak. Hairan, masa kat semenanjung, tak pernah pulak lutut ni bengkak. Sekali pun tak pernah. Aku tpaksa seret kaki kanan kalau nak bjalan. Kaki kanan aku tak mampu nak diangkat langsung apatah lagi nak bjalan normal.

Family terutama mak dan bapa agak hairan dengan keadaan yg aku alami. Teruk sangat kata mak. Adik aku pula mengajak berubat di kampung suaminya tapi agak jauh sikit nak ke sana.. Takut menyusahkan diorang, tapi kerana sudah x tahan sakit.. Aku setuju berubat kampung.

Dipendekkan cerita, aku berulang alik selama seminggu utk berubat di kampung tu tapi sakit tu masih tak hilang. Rawatan menggunakan ayat2 al-quran. Hari kelima aku dirawat, ustaz tu bagitahu aku terkena buatan orang kerana dengki. Sebelah lutut kiri dhantar 2 ekor jin manakala lutut kanan diletakkan benda2 kotor dan tajam (sprt tulang, kaca, paku dan besi -dinyatakan oleh ustaz). Aku memang tak nampak, tapi semasa proses rawatan mengeluarkn segala "benda" tersebut, aku merasainya ada benda' ditarik keluar! Ustaz cakap, benda2 kotor ini digunakan untuk melumpuhkan aku sehingga mati. Ya Allah rasa nak menangis masa tu. Sampai macam tu sekali aku dikenakan.. Bukan siapa2 yg "hantar" tapi ada pertalian kekeluargaan, Aku memujuk hati, aku muhasabah diri bahawa ini ujian Dia untukku. Syukur alhamdulillah, aku sempat berubat dikampung. Semuanya telah dikeluarkan, cuma aku kena bersabar utk pulih sepenuhnya. Semuanya atas izin Nya.

Ustaz tu ada bg tau, sakit ni bukan terus hilang. (Masa tu pun, aku jalan pun masih seret kaki sbb x dapat angkat/bengkok). Mengambil masa sebab benda2 tu sda bertahun 'tersimpan' dilutut aku, tapi berdoalah dan jgn putus asa. Surah al-fatihah sentiasa dibaca sepanjang masa. Akhirnya, setelah balik ke semenanjung, aku masuk pejabat dalam keadaan jalanku yg masih tidak normal. Semua memandang, semua bertanya.. Arghh.. sebelum ni pun drg mmg tahu aku sakit lutut tapi jalanku tak seteruk ini. Aku cuma mampu mengiyakan bila ada yg meneka aku mhidap penyakit gout. Kalau aku cerita perkara sebenar, takut mjadi fitnah.

Sebagai alternatif, aku minum air zamzam dan menggunakan losyen Anugerah yang telah dibacakan ayat2 Al- quran. Next entri, aku akan ceritakan pasal produk ni.

Till then, bye2.
posted from Bloggeroid

7 comments:

  1. aduih sedih juga cerita ni... kenapalah orang begini pilih jalan untuk menyakiti orang lain :(..

    ReplyDelete
  2. Nasiblah sempt berubat...kdg2 sakit yg kita anggap sakit biasa tu la yg luar biasa...pcya atau nda..aku pun pernah kena juga

    ReplyDelete
  3. sekarang ibu mertua aku plak kena

    ReplyDelete
  4. salam pn hazinra, saya pon hadapi masalah yang sama..entah mungkin sayakena sihir kot...yang peliknya sakit saya berkurangan bila di ofis tapi klu duk rumah sakit bertambah teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa berubat, saya ada guna produk Anugerah. Guna krim buat sapu tempat yang sakit. Alhamdulillah, cuba lah sis.. ikhtiar kita nak pulihkan diri :)insyaallah. Saya tak jual..pglmn sendiri.

      Delete
  5. air zamzam dan menggunakan losyen Anugerah yang telah dibacakan ayat2 Al- quran...Really. Hehe

    ReplyDelete

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)