Assalamualaikum..
5 Syawal.
Suasana hari raya masih hangat terasa. Tapi, kami sekeluarga sudah pun kembali ke tempat bertugas, Hulu Langat. En. suami dah start masuk opis. Aku pulak sambung cuti 2 hari. Rasa mood nak kerja masih OFF lagi. Hehe.
Dah masuk alam 'dewasa' ni, bagi aku hari raya setiap tahun, tidak semeriah hari raya di zaman kanak2 ribena dulu. Yalah kan, masa tu apa sangat yg budak2 tau kan? Makan kuih muih, biskut dan bakar bunga api pun dah cukup menggembirakan (bagi akulah).
Hmm, masa zaman kecil2 dulu, duit raya bukanlah satu kemestian pada aku. Dapat duit raya, alhamdulillah masuk tabung. Tak dapat duit raya, tak adalah aku nak meroyan nak minta juga sampai dapat. Mungkin itu adalah hasil didikan secara tidak langsung dari mak bapa aku yang tidak pernah mengajar kami apa itu 'duit raya'.. Eh, bukan pasal kedekut, tapi memang betul kami adik beradik tidak diajar cintakan material semata!
Sebenarnya aku nak ceritakan satu alkisah sewaktu beraya di kampung en.suami. Pada petang hari raya ketiga, rumah mak mertua dikunjungi ramai golongan kanak2 ribena yg pada perkiraan aku dalam lingkungan 5 tahun hingga ke 9 tahun. Mereka datang berkumpulan secara berasingan. 2 kumpulan pertama, budak2 ni bagi salam dan masuk rumah. Kami hidangkanlah hidangan biasa dihari raya. Lepas tu, en.suami, bg duit raya. Diorang salam en. suami je. Aku dan mak mertua langsung tidak disalam. Then,..
Setengah jam selepas itu, ada dua org budak umur 6 ke 7 tahun (anggaran aku) bagi salam dan directly cakap 'kami nak duit raya' -masa tu en.suami jawab salam dan ajak budak2 tu masuk, tapi budak2 tu tercongok di sliding door... (aku rasa terkedu sekejap). Sebab budaya pemberian 'duit raya' ini telah disalahertikan oleh budak2 ini. Tanpa masuk ke rumah, tidak bersalaman dengan tuan rumah, at least ada 3 orang dewasa di rumah tu, hanya en.suami sahaja yg diorang salam. Sebab en. suami bg duit raya.. Aku dan mak mertua aku, budak2 tu buat tak tau je. Diorang terus berlalu macam tu. Terus terpikir, diorang ni anak siapa? Mak bapa dia ajar macam mana? Ajar minta duit ka? Mak mertua aku pun mengomel bising lepas tu. Bezanya kanak2 dahulu dan sekarang!
Sumber : Pacik Google |
Memang betul pun, masa zaman aku kanak2 dulu. Mak & bapa akan marah kalau aku panggil abang aku tu dengan menyebut namanya. Bapa akan tanya balik kat aku .."kau panggil apa??" -Serta merta aku akan buat 'pembetulan' time tu jugak! - Arghh, takut betul kalau bapa marah. (Pembetulannya dimulai dengan panggilan 'abang/kakak' dan diikuti nama abg/kakak) Huh. Memang terkesan kegarangan org tua aku. Sampai sekarang ni aku ingat macam mana nak hormat org yg lebih tua. Kalau pergi beraya di rumah orang, mesti salam kat org tua. Bukan salam hanya kerana dapat duit raya. Ni, kau dah dapat duit raya kau blah aja tanpa ucap terima kasih. Aku memang serta merta temperature mendidih2 dgn org mcm ni. Astagfirullahhalazimm..
Sesungguhnya, bagi pandangan aku, didikan sebegitu sebenarnya bermula dari rumah..dan cara kita diajar oleh kedua org tua/keluarga kita. Setuju?
P/s : Insyaallah, semoga kami dapat mendidik Harith sebaik mungkin. Amin.
Bye for now. Tata.
bila akak cerita mcm ni kan... kat rumah deno pun ada jadik mcm ni.. ada la 2-3 orang datang nak beraya, pastu cakap dtg nak duit raya.. kaklong deno apa lagi, ceramah la budak2 tu.. nak raya kena salam, ucap slamat hari raya, masuk rumah, makan...geram budak2 zaman skrg ni
ReplyDeletebetul tu deno. Budak2 zaman sekarang ni suda hilang rasa hormat dan budi bahasanya pada org lain yg lebih tua. Memang bukan semua, tapi mmg geram jumpa budak mcm ni. Selamat Hari Raya Deno ;)
ReplyDeletekat rumah i pun macam tu.
ReplyDeleteharitu buat penat hidang makan.
diorang minum je dapat duit terus balik. uhukks.
Owh..sedih juga dgn sikap budak2 mcm ni. Salah siapa agaknya? Huh.. Selamat Hari Raya adik Nurulee ;)
ReplyDeletemcmana mak bapak mcmtu la anak nye. sebabtu kene ajar dr kecik. lisa da tua2 ni pun dpt duit raya gak. tp tak mintak pun ek. hihih
ReplyDeleteBetul tu lisa :)
ReplyDeleteBestnya dapat duit raya ,,hehe
zaman telah berubah,dunia sudah terlalu materialistic.
ReplyDeleteagree Thomas.. ni sudah jadi penyakit!
ReplyDelete