Thursday 13 June 2013

Soalan2 Temuduga SPA


Assalamualaikum wbt..

Lama menyepi, sebab tuntutan tugasan semasa. Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan menaip sesuatu di sini. Sebenarnya aku nak kongsiceritakan tentang temuduga jawatan Pen. Pegawai Pentadbiran N27 yang aku hadiri semalam.

Surat panggilan temuduga dari SPA memang aku sudah terima awal2 lagi bulan lepas. Walau bagaimanapun, ada banyak perkara lain yang perlu diselesaikan sebelum membuat persediaan ke temuduga itu. Mula2 rasa macam tak nak pergi sebab, terikat dengan komitment lain. Tapi, bila fikir2 balik, aku rasa rugi pulak kalau tidak mencuba. Berjaya atau tidak itu belakang kira, yang penting pengalaman ditemuduga tu!

So, walaupun agak sibuk, aku curi2 masa jugalah untuk study tentang dasar2 kerajaan, isu2 semasa dan mencari maklumat tentang jawatan ini di internet.

 Sumber : Pacik Google

Ok, tanpa membuang masa berikut adalah soalan2 yang dikemukakan panel penemuduga semalam :

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas dalam B. Inggeris.
2. Ceritakan jawatan dan skop kerja anda sekarang.
3. Nama menteri dan timbalan menteri Kementerian Belia & Sukan
4. Pendapat anda tentang adanya institut yang dikhaskan untuk pelajar lepasan SPM yang tercicir ?
Cthnya : Kementerian Belia & Sukan mempunyai IKBN untuk golongan keciciran seperti ini. Bagaimana pula kewujudan Giat Mara & ILP yang ada di kementerian lain? Apa pendapat anda?
5. Apa itu NKRA?
6. Nyatakan 6 teras utama NKRA.
7. Jika anda berjaya dalam temuduga ini, anda nak bertugas di kementerian mana?
8. Apakah kekuatan & kelebihan anda berbanding calon lain yang memohon jawatan ini?
9. Nyatakann deskripsi tugas Pen Pegawai Pentadbiran N27.

Macam mana kawan2? Soalan2 ini nampak mudah bukan? Walaupun nampak mudah, kalau tiada persediaan rapi dan pembacaan khusus.. agak sukar menjawab soalan ketika disoal nanti. Aku sendiri walupun ada membuat persediaan ala kadar, masih agak gemuruh semasa ditemuduga! Siap ketar2 lagi.. hoho.

Bagi rakan2 yang akan menghadiri temuduga, masih sempat lagi membuat persediaan apa yg patut. Good luck! 

Bye!

No comments:

Post a Comment

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)