Assalamualaikum & salam sejahtera ..
Selamat kembali bersiaran. 3 Mei - 7 Mei 2013, aku bercuti balik kampung En.Hubby di Sg.Siput (U), Perak. Hari ini aku masuk kerja dan mood masih dalam suasana cuti hehe. Agak malas 'sedikit'. Hari ni juga bertambah moody dan cloudy kerana baju yang siap ditempah tidak mengikut 'piawaian' aku.
Aku tempah dengan kakak kat sebelah office aku. Aku cuba tempah sepasang baju kurung tradisional dan 2 helai blouse. Aku dah bagi baju contoh siap-siap, bermakna si tailor harus ikut ukuran mengikut kemahuan dan keselesaan aku. Bukan main hentam kromo mengukurnya dan menjahit sesedap hati dan perasaannya. Aku acu baju kurung- ok, tapi skirt baju kurung sempit dan x boleh masuk. Aku padankan dengan kain contoh memng banyak beza 2 inci !!! Blouse tu pula lagilah jahanam. boleh masuk dengan lengan baju yang sangat ketat dan melekap ditangan aku. Nak pakai punyalah seksa. Aku bagi contoh baju yang ada 'dart' (lisu) kat belakang. Kakak tu potong lurus je mcm tak ada pinggang.. dia memang BUKAN TUKANG JAHIT !!! Dart/lisu tu kan fungsinya untuk bagi curve yg kemas kat baju???
Gambar : Pacik Google
Aku : Kak, kenapa tak ikut blouse contoh je?
Bukan Tukang Jahit : akak dah curi kain kat pinggang tu bagi ada ramping sikit, alaa tau la akak cara akak menjahit. .
Aku : aala.. kak ni kan ada contoh, kenapa tak ikut contoh je?
Bukan Tukang Jahit : alaa cantik ni, cuba dulu..ye.
Aku : T T ..gerammm
Aku kena hantar balik skirt baju kurung sebab sempit! Blouse tu macam mana?.. aku suruh dia ganti..aku tak peduli. Sejarah baju tempahan rosak sejak tahun 2008 ialah 13 pasang baju kurung dan 2 helai blouse. Kalau betul tak tahu jahit, kau cakaplah terang2. Ni kau cakap semua pun boleh jahit. Tapi hasilnya, baju aku tempah semua jahanam! Tiba2 teringat pula baju nikah dan baju sanding yang rosak dulu. Aku kena menjahit baju sendiri juga ni..klu jadi mcm ni lagi. Lagi senang aku beli baju siap. Sekian.
klu aku..sudah rusak kain yg aku suka mmg aku blacklist seumur idup la tukang jahit tu...
ReplyDeletelepas ni sumpah x hantar suda tempat urg tu..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeleteSaya ambil perkongsiannya sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya
Terima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeleteSaya ambil perkongsiannya sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya