Gagal SPM bukanlah bermakna anda sudah putus harapan mahupun gelap masa depan. Jangan kecewa dan jangan meratap kegagalan anda. Andai kata ada suara2 sumbang memperlekehkan keputusan SPM anda yang kurang cemerlang sila abaikan dan buat2 pekak telinga. Diam bukan bermakna anda mengalah kan? Sekarang ni, cuba berfikiran sepositif mungkin untuk menghadapi keadaan sebegitu. Jangan fikir, anda suda gagal..dan tidak ada peluang langsung untuk membaiki kesilapan itu.
Anda semua masih boleh berjaya dengan usaha dan doa berterusan. Sebagai seorang manusia yang prihatin, aku cadangkan mereka yang gagal SPM ni agar mengulang/ambil semula SPM atau memohon belajar dalam bidang kemahiran. Di Malaysia untuk belajar kemahiran ni kita ada Politeknik, Giat Mara, Kolej Komuniti & IKBN. Kolej2 swasta pun ada. Bagi anda yang gemar menjahit, memasak, solekan & dandanan, membaiki kereta, membaiki motosikal, kimpalan (welding), pendawaian elektrik, pembuatan perabot, lanskap binaan dan bermacam2 kursus kemahiran yang tidak dapat dinyatakan disini. Bagi anda yang kurang berkemampuan untuk menyediakan yuran pengajian, aku syorkan untuk mendalami bidang kemahiran ini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia & Sukan. Permohonan adalah melalui UPU-online http://upu.mohe.gov.my/ , Tarikh tutup : 15/4/2013. Sila beli nombor PIN di bank BSN. Jadi, apa tunggu lagi,anda masih sempat untuk mohon masuk. Semoga anda terus maju jaya dan sentiasa berfikiran positif!
Selamat maju jaya :)
No comments:
Post a Comment
Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)