Thursday, 13 March 2014

Pantang Keguguran


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Hari ni genap seminggu aku berpantang kerana mengalami keguguran. Alhamdulillah emosi dan mental terkawal dari memikir perkara bukan2. Fizikal pun dah ok sikit. Sebenarnya, aku pun tak tahu aku mengandung, sehinggalah aku rasa sakit melampau masa balik dari kerja minggu lepas. Memang period aku lewat, tapi aku tak ambik pusing.. sebab memang normal pusingan haid aku akan terlajak beberapa hari setiap 3 bulan. Agak menghairankan, aku  tersangat jarang terkena period pain. Tapi kali ini, rasa sakit itu sama seperti sakit nak bersalin!

Dipendekkan cerita, setelah ke klinik berdekatan aku disahkan keguguran dan umur janin tu 5 minggu. Sedih rasanya sebab tak tahu mengandung. Tapi kami redha, ini pasti ada hikmah Nya. Dia yang tahu segala-galanya. Balik dari klinik, aku telefon mak dan mak mertua. Nak tanya apa yang perlu dibuat. Mak aku cakap, orang yang keguguran ni kena berpantang lebih sikit berbanding pantang orang bersalin. Mak aku pesan suruh jangan makan benda sejuk dan minum air kunyit campur asam jawa segelas. Mak mertua pula suruh balik kampung, sebab kena urut 3 kali macam orang bersalin juga.

Masa kat kampung, mak mertua tolong bakar tungku. Makan pantang aku sama juga masa bersalin Harith dulu. Nasi panas + ikan bilis goreng + serbuk lada hitam. Ada juga sup ayam, tapi aku makan sikit ja. Apa yang dibagi makan aku makan sajalah. Janji cepat sihat. Tukang urut dan mak mertua pesan, aku kena pantang sampai 44 hari. Tak boleh menyapu, tak boleh kena hujan. Jadi nanti aku kena drive pegi kerja sorang2. Sebab en suami nak naik motor, cepat sikit sampai katanya. Mampukah aku drive sorang2? Sebab aku penakut. Hulu Langat - Putrajaya, Putrajaya - Hulu Langat. Dah la kawasan jem teruk. T T

Ada masa beberapa hari lagi cuti sebelum kerja. Jadi aku kena pantang betul2. Sambil2 online. Oklah till we meet again. Bye2.


No comments:

Post a Comment

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)