Thursday 19 September 2013

Siapa Dia?


Shanel Shanty James ( Source : Google)


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Aku baru jer tahu awal tahun ni, Shanel Shanty James (yang merupakan seorang senior aku masa sekolah menengah dulu) adalah seorang penyanyi. Ya dia berasal dari Ranau, Sabah. Hmm, dia ni di antara pelajar bijak di sekolah aku dulu. Aku kenal dia, dia mungkin tak kenal aku. Sebab masa sekolah aku sangat2 kurang peramah. Malu.

Terkini, lagu beliau yang berjudul Yang Terindah (Feat : Alif Satar) telah menjadi lagu tema drama Kampung Girl yang ditayangkan kat TV3. Aku jarang2 tengok TV3. Tapi pernah tengoklah drama ni, sekejap je sebab tengah cari2 cerita best kat TV masa tu. Hmm, dalam drama bersiri Slot Ratu : Andai Ku Tahu juga, lagu beliau Disakiti Cinta dan Kau Erti Hidupku  dijadikan pilihan soundtrack. Diciptanya Hawa pula menjadi OST drama Takdir Qismah.

Aku memang kagum, sebab sememangnya suara dia best. Cuma maklumat tentang Shanel ni agak kurang dalam SEO masa aku google tadi. Sebelum ini beliau pernah mauk program realiti Audition di NTV7 pada tahun 2004. Setelah keluar dari program Audition, Shanel menerima banyak tawaran dan beliau juga banyak buat persembahan di hotel termasuklah sebagai artis residen di Hotel Prince & Residence, Bukit Bintang selama 2 tahun. Agak bertuah apabila album sulung beliau Perjalanan pernah dicalonkan dalam Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-19 dalam kategori Rakaman Album Terbaik. Info lanjut DISINI ye kawan2.

Hmm, entri ini bukanlah berunsur komersial ye. Dan aku juga bukan wartawan media hiburan. Aku cuma nak kongsikan dengan rakan2 tentang bakat Shanel ni aje. Sekian.

Bye2.

4 comments:

  1. ooo..iya ka dr ranau..nda femes sbb tu kurang maklumat bila d google

    ReplyDelete
  2. ya betul dr Ranau.
    Lagu2 dia best2 pun..

    ReplyDelete
  3. Org Sabah memang terror menyanyi.

    ReplyDelete
  4. Hello!! Baru baca blog ni..terharu pun ada..:') thank yooouu..

    ReplyDelete

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)