Wednesday 14 August 2013

Kanak2 & I-pad



Assalamualaikum & salam sejahtera,

7 Syawal.

Masih dalam mood raya kan? Biskut2 raya mesti banyak lagi, hehe. Samalah kita. Biskut2 aku masih banyak lagi kat dapur tu. Tapi kan, entri kali ini tak ada kena mengena dengan kuih muih raya. Ngeeee   ^__^

Sebenarnya aku nak kongsikan maklumat/pandangan peribadi Wardina Safiyyah yang dikongsikan melalui status facebook page (Wardina Safiyyah OfficialPage) beliau semalam. Tengok screenshot ni..

Sumber : Facebook Page Wardina di SINI
"Sebenarnya memang penat melayan anak-anak yang tak diberi i-pad. SANGAT penat. Bagi i-pad semua diam. Tak kacau kita, tak bising. Senang bukan? Namun melihat anak-anak tidak lagi menggunakan deria dan berinteraksi amat merisaukan. Tangan-memegang, hidung-mencium, mata-melihat, telinga-mendengar tidak lagi digunakan maka hilanglah banyak pengalaman hidup kerana menghadap skrin i-pad. Buat para ibu, mari berusaha memberikan anak-anak pengalaman sebenar kehidupan. Biarkan mereka kotor, bising, bercakap, bergaduh, bermain... Berikan mereka kertas kosong dan melukis menggunakan pensil dan kertas. Berikan mereka buku mewarna. Ajar mereka berinteraksi, lihat sikap mereka, betulkan jika mereka tersalah kata dan betulkan sikap mereka yang tidak kena. Kerana pengalaman inilah yang menjadikan mereka "manusia" .....Walahualam. Sekadar pandangan." 

Aku setuju dengan apa yang diutarakan beliau (walaupun dalam hati sudah lama pasang niat nak belikan Harith i-pad) Uhh, banyak kesan negatifnya dalam jangka masa panjang. Biarlah aku dikatakan 'kuno'. Ada aku kisah? Aku tak naklah nanti Harith cuma kenal cik lembu, ke cik kuda atau apa2 yg ada disekeliling ni hanya melalui i-pad,laptop atau tv. Nanti terjumpa kambing lintas jalan raya, nanti dikatanya kerbau. Huahuahua. Kan jadi satu kerja pulak kau nak berhujah yang mana satu kerbau!

Memanglah dunia sudah berubah tu aku tak nafikan, tapi pengalaman sebenar tentu tak akan sama dengan apa yg anak2 nampak di alam realiti. Kan?

Ini hanyalah perkongsian pendapat, bagi setengah orang mungkin lain pula dalilnya untuk tak bersetuju dengan isu ini. Apa2 pun,  sebelum cakap apa2 fikirlah dengan akal yang waras. Jangan marah ya.

Sekian, bye2. 

4 comments:

  1. hohohoho...durg dania aku nda kasi bagi ipad pun nda kenal kambing kerbau..nampak kambing..eksaited bgtau aku..."mama...tu..lembu" aku ingatkan lembu la..sekali tinguk..nah dua ekur kambing bah...
    suda d ajar..bagi buku bergambar...tp c dania suka buat penilaian ikut fikiran dia jak...

    ReplyDelete
  2. zaman budak2 sekarang, drg x main2 ditanah macam zaman kita kecik2 dulu.. hehe, dania dania..

    ReplyDelete
  3. klu d poring mmg aku nda suruh turun d bawah sbb c dd pandai melencong jauh...lagipun x tanah juga...ada pun berapa kilo jak tempat kami tanam tomato dulu..skrg tempat kucing tanam taik deekur...

    tp klu d biar p main tanah pun c dd bukan main tanah sebab geli..melainkan nampak urg lain main baru dia ikut...

    ReplyDelete
  4. hahahaha..geli kunun.
    Bah jgn la lepas2 klu pandai melencong.. palis.

    ReplyDelete

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)