Friday 17 May 2013

Terima kasih cikgu!


Assalamualaikum.

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru semua. Teristimewa untuk cikgu2 aku dari aku sekolah rendah sehinggalah ke menengah.. dan rakan2 yang bergelar cikgu :).. Kalau sebut pasal Hari Guru ni, yang dah veteran2 macam aku ni mestilah teringatkan zaman kegemilangan di sekolah. Hmm, serius dikatakan aku adalah 'pelajar baik' yang sedikit 'anti sosial' kerana tersangat pemalu pada zaman sekolah menengah dahulu. Zaman sekolah rendah, aku masih budak hingusan dan aku kekurangan sifat pemalu. Hahaha.Berbalik kepada zaman sekolah menengah dulu, aku belajar sampai tingkatan paling atas! Hehe, Tingkatan Enam Atas gitu..

Mengimbas kenangan masa aku Form Six tu, memanglah banyak. Tapi yang paling aku ingat sangat, bila guru sejarah (Cikgu Thomas) aku masa tu membaling pemadam papan tulis ke arah aku! Kenapa? - Sebabnya aku tertidur masa dia mengajar di kelas, --aku sebenarnya tidak sengaja.

Kelas sejarah masa tengahari buta (masa terakhir sebelum balik) memanglah sangat tidak sesuai bagi aku. Pelajar sesi petang pula, sudah mula bersidai di koridor kelas dan agak bising! Yang lagi haru .. cuaca yang panas pada masa tu, jadi mata aku cenderung  untuk tidur - memang tak tertahan mengantuknya! (Padan muka kau kena baling dengan pemadam).. Tapi mujur tak kena, kalau kena..sahlah muka aku lebam. Semua kawan2 sekelas tengok ke belakang, ke arah tempat duduk aku. Huhu, malu jugaklah.. tapi bukan niat aku untuk tidak ambil peduli, aku sebenarnya bekerja keras juga pada waktu malam (cheh), untuk ulangkaji pelajaran.

STPM bukannya mudah. Kau tak baca, kau tak faham.. kau tak boleh nak jawab, sebab ada kertas soalan yang perlukan fakta dan ditulis secara esei. Kalau objektif, sah2lah ko main hentam tanda saja. Boleh juga kalau kau nak kelentong. Dapat lah result 5G (Gemilang Gagal) nanti.  Alhamdulillah aku berjaya dapat 5P kembang kempis hidung sebab lulus penuh masa tu. Masa dapat result tu, bapa aku yang paling gembira.

Bagi aku, balingan pemadam papaan tulis dari Cikgu Thomas tu sebenarnya 'peringatan mesra' dari seorang guru kepada pelajar. Apapun, terima kasih cikgu2 semua :)


Bye2!

2 comments:

  1. mak dneo pun cikgu :)

    o/s: wah, akak dah guna watermark! :)

    ReplyDelete
  2. Hehe, :) , rajin belajar la Deno ni kan.. sebab mak nya cikgu ..

    ReplyDelete

Ponsikou / Thanks for your comment, I really appreciate it :)